Ebby Yus Jelaskan Bagaimana Kesihatan Dia Sekarang. Dia Ceritakan Apa Terjadi Selepas Serangn Jantung Ketika Tunai Umrah

SELEPAS mengalami serangan jantung di dalam kapal terbang Oktober lalu, keadaan kesihatan pelawak Ebby Yus kini semakin baik.

Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 65, mengakui keadaan kesihatannya tidak menentu dan perlu diberi perhatian serta sentiasa berjaga-jaga.

“Sebelum ni tak pernah jadi macam tu, ada la kadang-kadang sakit dada tapi tak ada la sampai tak sedarkan diri.

ebby_yus_1637303738

“Kesihatan saya tu memang lama dah on off. Kalau kita jaga ok la, kalau tak jaga itu yang menjadi kurang ok la.

“Tapi sekarang ni syukur Alhamdulillah la kalau nak dibandingkan dengan keadaan saya ketika pergi umrah Oktober lalu,” katanya kepada mStar.

Ebby Yus ditemui ketika majlis pelancaran program realiti terbaharu Mencari Sepahtu Yang Hilang di The Summit 1, VE Hotel, The Vertical, Bangsar South, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sebelum ini, Ebby Yus pernah mendedahkan dia dimasukkan ke hospital di Maldives akibat serangan jantung di atas kapal terbang sebelum tiba di Makkah bagi menunaikan umrah.

Dalam pada itu, Ebby berkata sebelum ini dia membuat rawatan susulan berhubung sakitnya di Institut Jantung Negara (IJN) dengan bantuan pihak kerajaan namun kini terpaksa merujuk ke hospital lain.

“Sejak balik sini, saya belum jumpa doktor lagi… hanya di Maldives tu saja la. Saya memang dah lama makan ubat secara berterusan, doktor kata memang effect pada jantung.

“Insya-Allah saya memang dah ada temu janji bersama doktor untuk pemeriksaan jantung pada Januari tahun hadapan.

“Sebelum ini memang ada buat pemeriksaan di IJN dengan bantuan kerajaan tapi sekarang terpaksa tukar hospital lain,’ ujarnya.

Sumber : MSTAR ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *