Jarang Terjadi, Banyak Kereta Tersadai Tepi Jalan Untuk Pulang Dari Kampung Beraya Selepas Stesyen Minyak Kehabisan Minyak

Puluhan kereta tersadai di sebuah stesen minyak di Setiu, Terengganu semalam selepas bekalan petrol di premis berkenaan habis.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @syashaedora selain petrol, air di tandas stesen minyak itu juga kehabisan.

Lebih menyedihkan katanya, kedai makan di kawasan itu juga ditutup awal kerana kehabisan makanan.

“Minyak tak ada, air tak ada, kedai makan tutup awal sebab barang habis. Ada laki bini sampai bergaduh tepi jalan sebab jalan jem,” ciapnya semalam.

Menurut individu itu, kebanyakan kenderaan yang tersadai itu sedang menunggu ketibaan lori tangki minyak yang difahamkan turut terperangkap di dalam kesesakan lalu-lintas.

Susulan perkongsian itu, ada juga pengguna Twitter yang turut berkongsi pengalaman sama mencari stesen minyak untuk mengisi petrol kerana kebanyakan stesen di Pantai Timur kehabisan bekalan.

“Semalam berhenti stesen minyak, tinggal minyak 97 je, masjid-masjid banyak tiada air, surau-surau ada lagi air. Semalam jem teruk luar biasa dari Jerteh sampai Kuala Terengganu,”ciap @shoutsummer.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @azmdae.

“Semalam bukan minyak saja habis, dari Jerteh sampai Setiu ATM habis duit, nak isi minyak, slot card tiada,” ujarnya.

VIDEO:

Kereta beratur nak masuk stesen minyak, sekali minyak habis dah… bertabah la semua ye.

Video kredit Shasya Edora

Sumber –KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *