Sedih nak cerita. Benda berlaku selepas waktu berbuka tadi, ketika aku berbuka di RnR highway.
Lepas berbuka aku lepak kejap. Dalam jam 8 malam aku nampak ada sekumpulan anak-anak yatim dalam 30-40 orang bersama 2-3 penyelia mereka. Anak-anak yatim tu dalam lingkungan 7-15 tahun. Aku tau sebab aku tanya salah seorang penyelianya.
Mereka duduk dengan masing-masing membuka dan menjamah sebungkus makanan, seketul daging berkuah kari.
Kuat suara mereka berdoa sebelum makan. Tapi aku tengok tiada minuman buat mereka.
Aku tanya penyelia tu, “Dari mana?”
Jawab penyelia, “Tadi ke jemputan majlis berbuka, mereka beri bungkusan makanan”.
Aku tanya, “Kenapa tak makan di majlis tu?”
Jawabnya, “Tak ada ruang untuk anak-anak ni, tempat hanya untuk tetamu mereka”.
Bila aku kira dalam 40 orang kos belanja air lebih kurang RM100, aku tawarkan untuk belanja mereka air. Penyelia tu kata air dah order tapi belum bayar.
Aku ke kaunter untuk bayar. Budak counter air tu kata dah ada orang lain bayar. Alhamdulillah, ada juga yang pemurah.
Kesimpulannya, aku harap janganlah kita menganiaya anak-anak yatim. Kasihanilah mereka.
Saya yakin mereka yang semuanya sudah berpakaian baju Melayu seragam warnanya pasti teruja kerana menjangkakan akan diraikan di majlis itu.
Maklumlah bukan selalu dapat peluang keluar dan disajikan makanan yang enak sikit. Bukan untuk pergi ambil bungkusan dan balik.
Pihak pengurusan anak yatim sudah bersusah payah membawa mereka, mengurus dan membayar kos pengangkutan. Setiap sen yang dibelanjakan besar bagi mereka.
Bagaimana dengan perasaan mereka. Pasti kecewa dan rasa terhina. Pasti mereka rasa dipergunakan kerana kononnya majlis tersebut menyantuni anak-anak yatim, sebaliknya melayani anak-anak syurga ini seperti insan buangan.
Bersabarlah anak-anak syurga ku sayang
Kongsian dan kredit: Raja Anuar Adnan-AAA