Joy Revfa Akan Tamatkan Status Ibu Tunggal. Ini Pesanan Dia Kepada Bakal Suami Baru Dia Nanti

Pengusaha kosmetik Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd. Amin, 32, memberi bayangan bahawa dia kini sedang menghitung hari untuk menamatkan status ibu tunggalnya.

Menerusi akaun Instagram miliknya, bekas isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun itu berharap bakal suaminya itu bakal membimbingnya untuk menjadi muslimah sejati.

“Menghitung hari (emoji gambar cincin) Insya-Allah

“Saya berharap awak akan sentiasa menjadi imam di dalam solat saya.

“Menjadi qari dan membaca al-Quran untuk saya. Menjadi pemimpin yang boleh memimpin sayaa menuju ke jalan Allah.

“Menjadi tempat yang membahagiakan serta bawa saya ke syurga. Itu sahaja saya pinta,” katanya.

Menerusi entri yang saya dia berkongsi fotonya yang sedang merenung ke luar jendela.

Rata-rata pengikutnya turut gembira dengan berita tersebut serta mengucapkan tahniah kepada Joy.

Sebelum ini, Joy pernah berkahwin dengan penyanyi Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017.

Bagaimanapun, hubungan tersebut tidak berpanjangan sebelum mereka disahkan bercerai talak satu pada 25 Oktober 2017.

Terdahulu, Joy pernah berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia lima tahun.

Sumber : GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *