Muhyiddin mohon maaf, serah kepada kebijaksaaan Agong
Muhyiddin Yassin yang mengumumkan peletakan jawatannya sebagai perdana menteri hari ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kekhilafannya sepanjang mentadbir negara.
Presiden Bersatu itu berkata dia melepaskan jawatan selaras dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan selepas tidak lagi memiliki majoriti di Parlimen apabila 15 ahli Parlimen Umno menarik sokongan.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon keampunan daripada saudara dan saudari atas segala kekhilafan dan kelemahan saya sepanjang saya menjadi perdana menteri.
“Saya dan rakan-rakan dalam jemaah menteri telah cuba melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa dan melindungi kehidupan saudara dan saudari sekalian dalam tempoh krisis yang masih kita hadapi pada masa ini.
“Namun, sebagai manusia pastinya ada salah dan silap di sana ini. Jadi saya memohon maaf,” katanya ketika menyampaikan perutusan khas, sebenar tadi.
Muhyiddin berkata dia menyerahkan kepada kebijaksanaan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memilih perdana menteri baru dan membentuk kerajaan dalam kadar segera.
‘Saya boleh ambil jalan mudah bersekongkol dengan kleptokrat, tapi tidak’- Muhyiddin Yassin
Perdana menteri sementara Muhyiddin Yassin berkata dia boleh mengambil jalan mudah dengan bersekongkol dengan golongan “kleptokrat” jika ingin terus berkuasa.
Tetapi, katanya, menggadaikan prinsip bukan pilihannya.
Video Penuh Perutusan Khas Perdana Menteri Letak Jawatan
Sumber:MK
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.