Jurutera Tampil Dedahkan Keadaan Sebenar Dan Kenapa Replika Buku Dewan Bahasa Dan Pustaka Harus Dirobohkan

KUALA LUMPUR: Kerja-kerja perobohan replika buku di bumbung menara DBP dibuat atas faktor keselamatan.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam satu kenyataan hari ini berkata keputusan tersebut diambil selepas pakar mendapati bahawa struktur tersebut tidak berada dalam keadaan selamat.

“Kami ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja perobohan replika buku ini dibuat setelah mendapat nasihat daripada pakar Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Mereka mengesahkan bahawa struktur replika tersebut tidak lagi berada dalam keadaan yang selamat.

“Perobohan replika ini dibuat atas faktor keselamatan.

DBP memberi perhatian yang serius terhadap keselamatan staf DBP, pengunjung dan orang awam,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, kerja-kerja perobohan replika buku tersebut telah dimulakan pada 12 Julai 2019 dan dijangka siap pada 16 November 2019.

Terdahulu, tular di media sosial kenyataan yang mendakwa replika berbentuk seakan rehal itu dirobohkan kerana ia melambangkan imej Islam.

“Aku Naik Buat Inspection Haritu Seram Sejuk,” Jurutera Dedah Keadaan Sebenar Binaan Replika Buku Di Bangunan DBP

Sejak beberapa hari lepas, kecoh mengenai penularan satu isu mengenai kelulusan projek bagi merobohkan binaan replika buku di atas Bangunan Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) yang terletak di bandaraya Kuala Lumpur.

Berikutan dengan penularan gambar satu notis itu membuatkan ramai netizen mula untuk mempersoalkan keputusan yang dibuat itu kerana ia dianggap akan memusnahkan ikon kekal DBP.

Sehubungan dengan itu, seorang jurutera yang mendakwa mengendalikan kerja untuk perobohan replika tersebut dedahkan keadaan sebenar struktur bangunan tersebut.

Keadaan ini amat merisaukan kerana keadaan yang berkarat ini boleh roboh bila-bila masa sahaja.

Untuk gambaran lebih jelas. Pihak JKR dah pernah letak tension cable untuk menyokong truss structure tetapi telah tegang dan bahaya.

Sehubungan dengan itu, pihak DBP telah mengeluarkan satu kenyataan media pada hari ini untuk menjawab sekaligus memaklumkan alasan kenapa keputusan itu terpaksa untuk dilakukan.

Sumber: Twitter Amirul Razdi / Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *