Kak Lina Pom Pom Tak Puas Hati ‘Sound’ Pedas Dekat Kak KM Siap Suruh Tag Nama Sekali, Ramai Netizen Bersetuju Dengannya

Masing-masing ingin memuat naik gambar bayi dan berkongsi berita gembira di media sosial bersama orang lain. Kalau boleh nak lakukan secepat mungkin.

Namun, ada yang menasihatkan bahawa gambar bayi yang baru lahir tidak elok untuk dimuat naik ke media sosial sebaik sahaja dilahirkan. Malah ada yang mencadangkan untuk hanya memuat naik gambar selepas beberapa minggu kelahiran bayi tersebut.

Baru-baru ini, usahawan kosmetik sensasi Kak KM atau nama Liana Rosli menyuarakan pendapat mengenai selebriti yang berkongsi gambar bayi selepas bersalin namun enggan mendedahkan wajah anak mereka.

Lalu, warganet memberikan reaksi pelbagai termasuk selebriti Elly Mazlein yang turut berkongsikan pendapatnya.

iamellymazlein: Buat pilihan sendiri ❤️ .. Pilihlah Bahagia .. Biarlah anak kak kepom jauh dari Dunia Glamour.. Biarlah anak² kak lina dgn cara mereka ..Jgn pelik sgt .. benda xde apa pun nak dipelik atau Hairan 🤣🤣🤣🤣 ..Adoiiiii byk lg benda lain nak buat content .. Jgn sentuh hal “anak² & Manusia Ada Hak Utk Buat pilihan .. sila tag kak km apa ntah nama dia .. terima kasih.

Elly memaklumkan, ia adalah hak masing-masing untuk membuat pilihan.

“Buat pilihan sendiri. Pilihlah bahagia. Biarlah anak Kak Kepom jauh dari dunia glamour. Biarlah anak-anak Kak Lina dengan cara mereka.

“Jgn pelik sangat, benda tak ada apa pun nak dipelik atau hairan. Adoi banyak lagi benda lain nak buat content.

“Jgn sentuh hal anak-anak dan manusia ada hak untuk buat pilihan. Sila tag Kak KM apa ntah nama dia, terima kasih,” tulisnya pada ruangan kapsyen di Instagram.

Meninjau ke ruangan komen, warganet turut tampil memberikan pandangan masing-masing.

“Penyakit mata?? Kenapa dengan mata?”

Bukan sakit mata. Penyakit ‘ain ini adalah pandangan manusia yang penuh dengan takjub atau cemburu hinggakan ia beri kesan kepada yang dipandang.

Dengar macam tak logik.Dalam sebuah hadis Nabi SAW:

“Penyakit ‘ain itu benar-benar ada, seandainya ada sesuatu yang bisa mendahului takdir, ‘ainlah yang dapat melakukannya.” (HR Muslim).

Penyakit ‘ain ini betul. Dan bahaya juga. Dan tak boleh kita ambil remeh.Penyakit ‘ain ini terjadi apabila orang pandang kita dengan takjub / kagum ataupun dengan cemburu. Hinggakan kita ini jatuh sakit.

Kredit:GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *