LEBIH sebulan dirawat di Hospital Kuala Lumpur akibat jangkitan kum an pada seluruh organ, dramatis Aripah Damanhuri, 73, disahkan mening gal dunia pada pukul 8.15 pagi, Selasa.
Berita itu disahkan oleh anak bongsu kepada pelakon itu iaitu Fais Nurpais Ismail ketika dihubungi mStar.
Menurut Fais, jena zah ibunya masih berada di hospital dan akan dibawa ke surau Al Tarbiyah Taman Melewar kemudian disemadikan di anah Perku buran Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda.
“Ya, mak baru saja mening gal pada pukul 8.15, tadi di wad 23, HKL. Jenazah masih berada di wad dan Insya-Allah urusan mandi dan kafan akan dilakukan di HKL melalui foresik.
“Kemudian akan bawa jenazah pergi ke surau Tarbiyah Taman Melewar untuk urusan solat. Insya-Allah jena zah akan dikebumikan di Raudhatul Sakinah , dekat area Batu Muda.
“Cumanya pukul berapa sampai sana, saya akan maklumkan kemudian… Insya-Allah,” kata Fais.
Pada 23 April lalu, Aripah Damanhuri, 73, dimasukkan ke HKL kerana paras oksigen menurun dan terpaksa ditidurkan selepas disyaki mendapat jang kitan ku man dalam paru-paru.
Anaknya, Fais Nurpais memaklumkan Aripah diberikan bantuan pernafasa selain semua jenis ubat penguat jantung sudah dihentikan.
Malah, organ-organ pelakon itu juga semakin sembuh daripada jangk itan kum an.
Menerusi laporan mStar pada 10 Mei lalu, adik kepada Allahyarham Aripah iaitu pelakon Normah Damanhuri berkata kakaknya ketika itu menunjukkan perkembangan positif.
Pelakon berusia 68, memberitahu, biarpun belum sedar sepenuhnya, namun kakaknya itu memberi respons setiap kali dipanggil.
Dalam pada itu, menerusi laman Facebook Fais juga meminta mana-mana pihak menghubunginya sekiranya arwah mempunyai hutang yang belum selesai.
“Pohon sedekahkan doa kepqada mak ya. Kalau mak ada apa-apa hutang yang belum langsai, hubungilah saya, Insya-Allah,” tulisnya.
Allahyarham mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 1980 an dan kekal aktif dalam televisyen dan filem.
Antara filem lakonannya iaitu Senario XX (2005) dan 8 Jam (2012) manakala drama berjudul Airmata Maria, Gerak Khas musim 11 dan Antara Maghrib dan Isyak.
Sumber : MSTAR ONLINE