Salah faham mengenai nombor giliran menyebabkan berlaku kejadian kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meninggikan suara terhadap pelanggan, hingga video mengenainya tular di media sosial.
Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, insiden berlaku pada 26 April lalu di kaunter Pejabat Cawangan MBSA di Kota Kemuning.
“MBSA mengadakan siasatan dalaman dan untuk makluman, kejadian itu berlaku akibat salah faham antara seorang pelanggan dan seorang daripada petugas di kaunter berhubung nombor giliran.
“Salah faham itu dapat diselesaikan setelah pelanggan mengambil nombor giliran dan akhirnya meneruskan urusan pembaharuan lesen perniagaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, MBSA juga memohon maaf atas insiden yang berlaku dan akan berusaha memastikan perkara sedemikian tidak berulang.
“MBSA berharap penjelasan ini dapat memberi gambaran sebenar terhadap isu video yang ditularkan di media sosial.
MBSA sentiasa mengalu-alukan sebarang pendapat dan cadangan daripada semua pihak demi meningkatkan lagi mutu dan kualiti perkhidmatan kami,” katanya.
Terdahulu, video berdurasi 1.38 saat tular yang memperlihatkan seorang kakitangan MBSA meninggikan suara terhadap pelanggan yang berurusan di kaunter.
VIDEO:
Sumber : HMETRO ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
kakitangan tak sewajarnya meninggi suara. Salah faham blh diperbetulkn dgn cara berhemah dan sopan. Kakitangan sedemikian Cold Storage tak sesuai di frontliner…Byk bersabar bila komunikasi dgn client kecuali client sudah melampau batas serah aje pd head of department