Rakaman Video Sebelum Dan Selepas Sungai Popular Di Selangor Ini Naik Sampai Bimbangkan Pengunjung Homestay

Orang ramai dinasihatkan terus berwaspada susulan amaran ribut petir yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melibatkan sembilan negeri tengah hari semalam

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, hujan lebat berserta ribut petir diramalkan akan melanda negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Johor dan Sabah sehingga pukul 3 petang nanti.

“Di Selangor, kawasan yang terlibat ialah di Kuala Selangor, Klang, Petaling dan Hulu Langat.

Rakaman Video Sungai Kalumpang Air Deras

admin – aszulqa.com

Salah sebuah lokasi rekreasi yang jadi tumpuan orang ramai ketika bercuti adalah di Kalumpang Selangor.

Kerana hujan lebat yang lama semalam telah menjadikan sungai tersebut menjadi kawasan yang sangat merbahaya.

Seorang netizen telah memuat naik 1 rakaman video sebelum dan selepas hujan lebat melanda tempat rekreasi di Kalumpang.

Video:

“Sementara di Negeri Sembilan, cuaca sama dijangka akan melanda Seremban dan Rembau. Selain itu, di seluruh Wilayah Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka,” katanya di sini tadi.

Tambah kenyataan itu, hujan lebat turut akan berlaku di Sabah iaitu di Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort) dan Pantal Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).

Menurut kenyataan itu lagi, hujan lebat berserta ribut petir juga diramalkan akan berlaku di Pahang (Pekan dan Rompin), di Selangor (Kuala Langat dan Sepang), Negeri Sembilan (Port Dickson) dan Johor (Segamat, Mersing, Pontian, Kulal, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Sumber : Utusan Online / Rizal Hakim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *