Kanak Kanak Ini Terjatuh Dlm Kolam Renang Rumah Sendiri Dan Jantung Sudah Terhenti. Apa Ibu Ini Buat Selamatkan Nyawa Anak Dia

Sejak kebelakangan ini seringkali kita terbaca di laman berita utama yang memaparkan kes-kes maut melibatkan kanak-kanak yang jatuh dari bangunan. Bukan itu sahaja, ramai juga dalam kalangan kanak-kanak yang terlibat dalam kes le.mas walaupun hanya bermain di kolam di hadapan rumah.

Begitu juga dengan perkongsian viral dari seorang ayah ini apabila dia sendiri berdepan dengan situasi anak le.mas dan hampir maut di dalam kolam hadapan rumah.

Perkongsian ini boleh dijadikan iktibar kepada ibu bapa di luar sana supaya lebih ‘alert’ dengan aktiviti anak-anak.

BADAN DAH KERAS,ANAK LE.MAS DALAM KOLAM DEPAN RUMAH!


Ini video & kronologi apa yang berlaku kepada keluarga kami dalam tempoh 24 yang lepas, harap jadi iktibar kepada ibu bapa yang lain;

1. (Video) Jam 3:20 petang anak bongsu kami Alita Raysha le.mas dalam kolam ketika bermain. Dia telah ambil kerusi dari belakang rumah dan panjat penghadang.

2. Kemudian kebetulan abangnya lalu dan nampak Alita kaku di dalam kolam.

3. Abangnya panggil saya dan isteri. Isteri saya cepat – cepat angkat Alita yang dah kaku dari kolam.

4. Isteri saya, seorang bekas jururawat di PPUM, yang selayaknya digelar Super Mom Atikah Mohd Ramzan dengan tenang melakukan CPR keatas anaknya sendiri yang dah tak bergerak masa tu.

5. Badan Alita dah keras dan membulat masa buat CPR tu, tiada respon apa-apa langsung. Memang dah terasa seperti kehilangan anak kami masa tu.

6. Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T setelah lakukan CPR dengan sabar sambil memanggil – manggil nama anak kami tanpa mengalah, Alita kemudian merengek dengan sangat perlahan. Anak kami telah kembali kepada kami 5 minit selepas lakukan CPR. Kami terus hantar ke Jabatan Kecemasan HRPB.

7. Ketika di Jabatan Kecemasan, setelah stabil anak kami dihantar ke PHDU, namun malam itu jam 10 malam, Alita diserang sawan yang memberi isyarat mungkin ada gangguan pada otak akibat terputus oksigen seketika pada insiden petang tadi.

8. Pada jam 10:30 malam, doktor telah memindahkan anak kami ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik untuk pemerhatian rapi.

9. Alhamdulillah, (Gambar) pagi ini Alita telah sembuh sepenuhnya dan menunggu tempoh 24 jam untuk discharge.

IKTIBAR BETAPA PENTINGNYA PENGETAHUAN CPR

10. Kami jadikan ini pengajaran dan pengalaman betapa pentingnya pengetahuan CPR. Tanpa tindakan pantas isteri saya semalam, kami mungkin kehilangan anak kami selama – lamanya. Dan menghabiskan baki usia kami dengan penyesalan yang tak berkesudahan. Tak dapat malah tak sanggup kami bayangkan.

11. Kami juga jadikan ini pengajaran kepada kami yang mana setinggi mana penghadang sekalipun, anak tetap boleh ambil kerusi dan panjat. Pengawasan maksima keatas anak – anak sentiasa diperlukan.

12. Kolam itu tujuannya adalah untuk mengajar anak kami pengetahuan berenang dan apungkan badan dalam air ketika kecemasan. Dua orang kakak dan abangnya dah pandai, tapi Alita belum habis belajar lagi.

13. Harini kami ambil keputusan untuk simpan kolam ini, cuma mungkin pasang kemudian apabila anak dah betul – betul dewasa nanti. Mungkin juga tidak pasang terus.

14. Saya naikkan video ini hari ini agar menjadi pengajaran kepada yang lain untuk sentiasa berhati – hati. 5 minit sudah cukup untuk insiden seperti ini berlaku. Hari ini, anak kami telah dikeluarkan dari ICU dan mungkin akan discharge sepenuhnya dalam tempoh 24 jam.

VIDEO:

Sumber : Sirap Limau via Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *