Pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz mendedahkan bahawa beliau terpaksa mengambil suntikan bagi mendapatkan susut badan ideal seperti mana yang dikehendaki oleh pengarah filem The Original Gangster, Syamsul Yusof bagi menjayakan filem tersebut.
Aaron berkata, beliau telah mengambil suntikan itu atas permintaan daripada Syamsul dan bertindak sedemikian bagi mencapai susut badan yang dikehendaki untuk filem berkenaan.
Aaron Aziz buat pendedahan pada petang Khamis.
“Tahun 2022, kau datang ke rumah nak berbual fasal KL Gangster tapi rupanya cerita lain yang tengah kau buat.
“Kau kata tak tahu aku sakit tapi tiga kali datang rumah, berbincang di rumah dan isteri aku masakkan kuetiau untuk kau. Jangan tipu kalau kata tidak tahu aku sakit,” katanya.
Aaron menjelaskan perkara itu menerusi Instagram miliknya sebagai respons kepada penjelasan Syamsul berhubung punca aktor kelahiran Singapura itu disingkirkan daripada membintangi The Original Gangster.
“Kau hantar mesej dekat aku tunjuk gambar nak (susut badan) macam itu. Aku balas balik dalam WhatsApp, kalau nak badan macam ini kena cucuk.
“Kau cakap pergi cucuk. Berapa banyak aku dah pergi cucuk,” katanya dalam siaran video di akaun Instagram miliknya pada Khamis.
Beliau ketika menjelaskan perkara yang sebenar mengenai isu tersebut turut bersumpah bersaksikan al-Quran ketika dalam video siaran berkenaan.
Dalam pada itu, menjawab mengenai isu berat badan, Aaron berkata Syamsul juga tahu hakikat dia tidak dapat berbuat demikian (menurunkan berat badan) disebabkan baharu selesai menjalani penggambaran filem Geng Mamak.
Kata Aaron, mustahil baginya untuk mendapatkan berat badan ideal untuk The Original Gangster apatah lagi penggambaran filem itu bermula sebulan selepas dia tamat penggambaran Geng Mamak.
“Aku baru lepas penggambaran Geng Mamak yang beri enam bulan berlatih. Penggambaran filem kau sebulan kemudian, kau nak aku turun berat badan? Mustahil tapi aku cuba juga,” jelasnya.
Apa lebih mengejutkan, Aaron turut mendedahkan dia terpaksa mengambil suntikan bagi mendapatkan bentuk tubuh yang menarik demi menjayakan filem terbabit.
Kata Aaron, dia mengambil suntikan itu juga atas permintaan Syamsul dan berbuat demikian demi memuaskan hatinya.
Pada Khamis, teka-teka mengenai punca sebenar Aaron digugurkan daripada membintangi filem The Original Gangster akhirnya terjawab selepas Syamsul tampil menjawab bahawa ada beberapa faktor pelakon kelahiran Singapura itu tidak dipilih antaranya kerana telah berusia, faktor badan dan kesihatan.
Sumber : Sinar Harian / MSTAR ONLINE