Kawan Baik Sendiri ‘Rampas’ Teman Lelaki. Tak Lama Lepas Itu Ini Yg Gadis Ini Buat Utk Lupakan Teman Lelaki Dia

PENGALAMAN dikhianati sahabat sendiri menjadi detik gelap yang tidak akan dilupakan gadis ini.

Menurut Zulia Zulkafli, 23, dia kecewa apabila kekasih hatinya dirampas oleh seorang individu, sekali gus membuatkan dia serik untuk percaya insan yang bergelar sahabat.

Mana tidaknya, si perampas merupakan rakan baiknya yang dikenali sejak berumur tujuh tahun, demikian dedah Zulia kepada mStar selepas kisahnya tular baru-baru ini.

“Dulu saya perkenalkan boyfriend saya kepada seorang sahabat. Sahabat saya sejak umur tujuh tahun dan saya percaya gila dekat dia.

Susah senang bersama. Kalau kenal mana-mana kawan pun selalu cerita dekat dia.

“Dah kata sahabat, memang tahu semua perkara tentang saya. Boleh dikatakan kepercayaan saya tu 100 peratus.

Dia punya rapat sangat-sangat tu sampai nak makan pun video call sebab nak gosip punya pasal,” ujarnya.

Kisah Zulia meraih perhatian ramai selepas dia berkongsi kejadian itu menerusi media sosial.

Imbas Zulia, dia sama sekali tidak menyangka sahabatnya itu sanggup berkenalan dengan teman lelakinya secara diam-diam sehingga beralih ke fasa lebih mesra.

“Ketika saya umur 18 tahun, saya pun kenalkan la dekat sahabat saya, yang saya kenal dengan ‘sekian’ ni. Kemudian saya bagi nombor telefon (kekasih) sebab saya percayakannya.

Biasalah perempuan, kalau sedih mesti akan cerita dekat sahabatnya. Jadi saya cerita kesedihan saya itu ini,

“Pada satu hari, saya pelik kenapa sahabat saya dan si dia berubah. Saya buat tak kisah. Sampai satu tahap saya ternampak notification si sekian dengan sahabat saya sendiri dengan emoji love bagai. Saya tersentap sekejap. Remuk hati saya,” ujarnya.

Dakwa Zulia lagi, kedua-dua mereka turut ‘bergayut’ pada waktu malam selama berjam-jam, sekali gus membuatkan dia patah hati dan mengambil keputusan untuk berpisah.

“So lost contact macam tu je. Murung la juga even sebulan pun tapi bagi aku susah nak kuatkan diri waktu tu.

“Dan rasa macam sia-sia je. Saya tak suruh anda benci sahabat sendiri, sekarang saya boleh tahu mana yang boleh percaya, mana yang tak boleh percaya. Berhati-hati je,” ceritanya panjang lebar.

Sebagai insan yang pernah melalui pengalaman putus cinta dan dikhianati sahabat sendiri, Zulia turut berkongsi beberapa tip move on yang dilakukannya sebelum ini.

1. Sibukkan diri

Menurut Zulia, dia menyibukkan diri dengan kerja agar kejadian itu tidak menganggu emosinya. Dia juga bersyukur dikelilingi rakan sekerja yang banyak memberi semangat.

Tambahnya, dia mengelak untuk duduk sendirian dan melayan perasaan, sebaliknya meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga.

2.Sentiasa beringat

Kejadian itu ternyata meninggalkan kesan buatnya. Kata Zulia, dia juga sentiasa mengingatkan diri bahawa tidak semua benda boleh dikongsi dengan orang luar, kecuali keluarga sendiri.

Katanya, seseorang itu tidak dapat membaca isi hati rakan-rakan, jadi sebaiknya jangan bercerita tentang semua masalah kepada mereka, khususnya berkaitan isu percintaan.

3. Aktiviti healing

Untuk melupakan kesedihan yang melanda, dia juga sering keluar untuk tujuan healing bersama rakan-rakan sekerja.

Selain ambil angin di pantai, dia juga suka untuk keluar melakukan aktiviti food hunting untuk menggembirakan diri sendiri.

Sumber : MSTAR ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *