Kecoh Tentang Abang Burger Tipu Semua Orang Dan Dikatakan Sebenarnya Dia ‘Kaya’. Dia Tampil Beri Sedikit Kenyataan

Minggu ini kecoh satu Malaysia tentang beberapa orang peniaga yang dikompaun sehingga RM50 Ribu kerana melanggar SOP ketika PKP di Kelantan.

Perkara tersebut menimbulkan rasa amarah netizen kerana peniaga yang dikompaun itu adalah peniaga kecil yang untung mereka hanya untuk menampung kehidupan seharian.

Berita itu mendapat perhatian semua orang sehingga ada selebriti Neelofa, Caprice dan lain lain yang tampil ingin membantu.

Salah satu cerita yang boleh dikatakan menjadi titik permulaan semua ini adalah berkenaan seorang penjual burger yang bernama Faisal dikompaun ketika berniaga di depan rumah melebihi waktu operasi PKP.

Ramai orang yang ingin bantu dia dan waktu cerita ini mula mula keluar ramai yang bersimpati dengan beliau.

Seperti biasa netizen akan luah tidak puas hati pada penguatkuasa yang keluarkan saman kerana tidak menggunakan budi bicara selesaikan masalah. Tapi sejak semalam lain pula yang terjadi ..

Peniaga Burger Viral Rupanya Hidup Mewah, Pernah Makan Tomahawk RM1,000?

Kalau lah betul apa yang dikatakan, memang satu Malaysia kena tipu! Peniaga burger Faisal Burger yang viral baru-baru ini gara-gara dirinya dikompaun RM50,000 kerana jual burger lebih masa dikatakan hidup mewah.

Fuh sakan abang burger kita ni, dia dikatakan pernah makan di restoran Tomahawk dengan bil mencecah RM1,000 lebih.

Bukan itu sahaja, ramai netizen ‘menyiasat’ dan menjumpai banyak lagi bukti yang menunjukkan dia bukanlah tidak mampu seperti yang digembar-gemburkan.

Dan kompaun yang dikenakan itu memang patut pun disebabkan dia melanggar SOP. Berniaga melebihi masa.

Ye lah, pihak berwajib pun mestilah menjalankan tugas. Takkan lah sesuka hati diorang jer nak saman kalau tak buat salah.

Jadi macam mana ni? Betul ke satu Malaysia kena tipu dengan drama dia? Jom baca apa respond dia.

Hari ini setelah beratus ratus komen masuk ‘menghentam’ Faisal dan menuduh dia menipu, dia telah kongsikan satu status dari seorang individu ke Facebook dia sendiri.

Beli kereta, bukan cash.. Makan sedap di tempat mewah bukan setiap hari @ setiap bulan…
Rumah cantik hasil usaha penat lelah sendiri..salah ker?? Apa yg dia tipu?? Apa yg korang cuba nk kupaskan?

Baik ramai2 berjemaah dtg kampung dia, tgk keadaan tmpt dia berniaga… Mudah nak cerita, senang… MashaaAllah, takutnya ya Allah. Minta jauh drpd jadi macam ni…

Lagipun awal2 lagi dia bukan nk minta derma, dia cuma minta bayaran kompaun di kurangkan..dia berniaga demi kelangsungan hidup… Bukan demi nk kaya semata-mata…

Eh,bukan ker impian semua orang kot nk jadi kaya…nk jadi kaya,kena usaha lebih,macam dia… ada jer peniaga lain yg berniaga lebih masa, sbb tau bnyk komitmen setiap bulan yg nk kena jelaskan..yg mana belum kena,beringat2 lah..awak yg makan gaji tu pn masih terasa peritnya dgn kos sara hidup skrg kan? Apatah lg kami peniaga kecil kecilan ni… Hanya kami yg rasa,dan hanya kami yg dapat memahami.

Faisal juga telah memuat naik status bersama posting tersebut dengan memberitahu bahawa orang tidak kenal tetapi pandai menilai dia.

Dia juga memberitahu kereta yang dikatakan mewah itu dibeli sebelum C0Vld melanda dunia lagi dan jika dia tahu malam tidak boleh berniaga seperti sekarang sudah pasti dia tidak akan membeli kereta tersebut.

ore hok kenal kita jah thu segalo kisah kita…hok duk viral2 tok thu gapo…doh kita mamapu bayar…loni nok oyaknya ore nego kecik macam kita ni kena kompaun 50k…
beli keto sblom covid mari…klu thu covid nok mari..ore nego mlm tok leh nok nego…tak dok duk gong nok beli

Setakat ini pihak polis telah keluarkan kenyataan akan siasat dengan lebih mendalam berkenaan kompaun kompaun yang telah dikenakan.

Apa pun di dalam bulan Ramadhan ini kita doa yang baik baik sahaja dan doakan agar segala urusan dipermudahkan. Janganlah mudah kita menuduh seseorang jika kita tidak tahu hujung pangkal cerita.

Selamat berpuasa semua ..

Artikel by: AwatttSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

SALIN SEMULA TANPA KEBENARAN TIDAK DIBENARKAN

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *