Khir Rahman Tampil Beri Kenyataan Tentang Rancangan Dia Dikecam Sebab Apa Fauzi Nawawi Cakap Tentang Raja Farah

Pelakon Fauzi Nawawi menerima kecaman netizen selepas ‘sakan’ menceritakan pengalaman melakonkan watak seorang per0gol bersama aktres Raja Farah di sebuah program bual bicara.

Tak memperlekeh atau meraikan isu s3ks

Menjadi hos dalam program tersebut, aktor Khir Rahman terpanggil untuk bertanggungjawab bagi menyelesaikan ketelanjuran yang tidak sepatutnya menjadi tontonan umum.

Menurut Khir, 48, dia terharu apabila Raja Farah dan suaminya, Iskandar Ismail berlapang dada untuk memaafkan atas kekhilafan yang berlaku.

Pertamanya syukur Alhamdulillah kerana empunya badan dan suaminya mempunyai hati yang mulia untuk memaafkan keterlanjuran saya.

Justeru, saya ingin sekali lagi memohon maaf pada beliau dan seluruh keluarga beliau. Saya menjadi ‘sauh’ dalam program ini bukan untuk membuka aib sesiapa.

Saya secara peribadi, sebagai pengkarya Muslim tak mungkin akan memperlekeh atau meraikan isu yang diperbualkan.

Ini kerana saya sendiri sering mempersoalkan isu ini, maksud saya berkenaan babak-babak 18sg/s3x dalam pengkaryaan seorang Muslim.

Kenapa hanya bahagian ini viral?

Dalam pada itu, pelakon filem Rock 4: Rockers Never Dai, memohon agar pihak terlibat berhenti dalam menyebarkan video ‘aib’ itu.

Pemilik nama Khairulizam Abdul Rahman turut mempersoalkan mengapa hanya bahagian temu bual ini diedit dan disebarkan sedangkan masih banyak input lain yang boleh memberi pengajaran kepada masyarakat.

Secara peribadi juga, saya mohon agar penyebaran video tersebut dihentikan serta merta.

Saya tak pasti kalau ada pihak yang tidak berpuas hati pada mana-mana pihak.

Namun penularan video tersebut mesti dihentikan segera. Ada keterlanjuran dan maruah yang perlu kita sama-sama jaga.

Sepengetahuan saya, kebanyakan tetamu banyak berkongsi kisah nakal dan aib mereka demi menjadi pengajaran buat masyarakat (mengapa yang ini diviralkan).

Sumber: Instagram @kei_ramoss via Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *