Kelajuan Angin Yang Menakutkan Membadai Negeri Utara. Ini Kelajuan Angin Yang Direkod Oleh MetMalaysia

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan kejadian ribut di beberapa negeri utara tanah air disebabkan ekor Tau fan Lekima yang membadai timur negara China.

Ketua Pengarahnya Jailan Simon, ketika dihubungi Astro AWANI, berkata garis badai itu berlaku akibat tumpuan angin di selatan Thailand yang turut menerima kesan sama.

“Apa yang berlaku sebenarnya adalah kita panggil garis badai adalah garisan ribut petir akibat tumpuan angin barat daya dan barat laut di tengah laut berpunca ribut tropika berlaku di timur China.

100.8km sejam direkod, ekor Taufan Lekima punca ribut di utara Semenanjung - MetMalaysia

Ekor Taufan Lekima dikatakan membadai beberapa negeri di utara tanah air dan selatan Thailand – MET

“Di selatan Thailand berlaku tumpuan angin menyebabkan garis badai ini. Ia bergerak daripada barat laut ke arah tenggara dan mengenai beberapa kawasan di Kedah dan Langkawi.

“Kelajuan yang dicatatkan setakat ini 28 meter per saat bersamaan 100.8 kilometer sejam. Bagaimanapun gelombang kedua bergantung kepada kedudukan taufan. Ketika ini MetMalaysia tidak menjangka gelombang kedua kerana kebiasaannya ia berlaku sekali sahaja,” jelasnya

Kejadian kira kira jam 8 malam Jumaat itu membadai beberapa kawasan antaranya di Langkawi, Alor Setar Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

Video kejadian ribut itu turut tular di laman sosial yang dikongsikan orang ramai di tempat kejadian.

Ribut Langkawi: Bangunan rosak dibadai angin kencang, kenderaan ditimpa pokok

Hujan lebat beserta angin kencang melanda di beberapa kawasan di Pulau Langkawi pada malam Jumaat.

Dalam kejadian yang berlangsung kira-kira 15 minit itu, para peniaga serta pelancong yang berada di kawasan terjejas bertempiaran lari.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Langkawi, Kapt. (PA) Ahmad Shahfikri Darus, kejadian kira-kira jam 8 malam itu berlaku dengan pantas.
Antara kawasan terjejas adalah Kedawang, Bohor, Padang MatSirat, Ayer Hangat, Kuah dan Ulu Melaka.

Hujan lebat beserta angin yang kencang menyebabkan beberapa buah rumah dan kenderaan telah ditimpa pokok.

Selain itu jalan-jalan utama juga terdapat pokok yang tumbang dan menghalang lalu-lintas.

Ketika ini beberapa agensi sedang melakukan bancian dan kerja bantuan antaranya Pejabat Daerah Langkawi, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini bagaimanapun kerja-kerja penyeliaan dan pembersihan sedang dilakukan ketika ini.

Sumber : ASTRO AWANI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *