Adakah Setiap Malam Jumaat Jumaat Mesti Buat. Peguam Syarie Ini Dedahkan Keluhan Seorang Isteri Yang Kepenatan

Sekiranya berceloteh mengenai ‘malam jumaat’, sudah pastinya ramai yang memahami mengenai hubungan intim bagi suami isteri. Walau bagaimanapun, ada juga segelintir suami yang mengambil kesempatan sehingga menimbulkan keluh kesah dalam kalangan isteri.

Terkesan dengan isu ini, seorang Peguam Syarie, Fahmi Ramli melalui perkongsiannya menjelaskan situasi sebenar yang dialami oleh seorang isteri apabila suaminya asyik ‘meminta’ pada setiap malam.

Tiap-tiap Hari Macam Malam Jumaat, Tak Faham Ke Isteri Pun Manusia Biasa

Ada seorang wanita ini, mengadu dan bertanya kepada saya, dalam Islam ni memang tiap malam Jumaat tu wajib ke untuk bersetubuh? Saya jawab la, malam lain pun tak ada masalah. So, apa yang menjadi masalah besarnya?

“Masalahnya Tuan, tiap-tiap hari saya macam malam Jumaat untuk suami. Saya pun penat sebab pi kerja lagi. Dah la balik pun lewat. Kadang sampai rumah dekat jam 11 malam.

Bila sampai rumah, mesti lah letih. Kadang nak terus tidur sebab esok nak kerja pulak kan. Tapi, suami saya tak faham saya, asyik ‘mintak’ jer tiap malam. Tambah-tambah kalau hari Khamis malam Jumaat tu. Selalunya, hari macam tu, nak sangat suruh saya balik awal. Tapi, hari tu la selalu saya sampai lambat rumah.

Nak berhenti kerja, dia tak mampu pulak nak tanggung keluarga seorang diri. Bila saya bagitau saya letih, dia cakap saya nusyuz. Saya dah tak larat macam ni. Apa yang perlu saya buat, saya dah tak sanggup nak teruskan perkahwinan ni?”

Ini realiti yang sering berlaku khasnya untuk pasangan yang dua-dua bekerja untuk menampung keperluan hidup. Banyak yang berlaku situasi macam ni di bandar khasnya. Sebenarnya, kat luar bandar pun boleh jadi juga macam ni. Situasi suami tidak memahami pasangannya dan ruang yang perlu diberi kepada si isteri ini, perlu ada pada seorang suami.

Prinsip Islam

Di dalam surah Al-Baqarah ayat ke 187, Allah swt menyatakan “Mereka (isteri-isteri) ialah pakaian bagi suami dan kamu (suami) adalah pakaian bagi mereka”.

Kalau tengok daripada ayat ini, konteksnya menyeru kepada manusia untuk sentiasa mu’asyarah bi al-ma’ruf iaitu unsur kesetaraan bagi semua pihak (suami dan isteri). Jadi, kalau ada pihak yang memaksa-maksa dalam suatu tindakan yang merugikan salah satu pihak pastinya tidak bertepatan dengan kehendak ayat tersebut.

Dalam islam, hubungan seks ini bukan sekadar untuk melepaskan hawa nafsu, tetapi ianya sebahagian daripada konsep mua’syarah bil ma’ruf untuk sama-sama saling merasai nikmat. Maksudnya, suami perlu melayani secara baik isterinya dan bukan dengan cara paksaan dan ugutan. Itulah yang dianjurkan oleh Islam untuk sentiasa bersikap baik suami dan isteri dalam rumahtangga.

Malam Jumaat

Sebenarnya isu malam Jumaat ini ada khilaf dalam perbincangan Ulama’, dan memang ada beberapa pandangan sarjana Islam membahaskan tentang isu kelebihan Malam Jumaat ini. Tapi, dari segi seksualiti ni, taka da la disuruh setiap malam Jumaat mesti wajib untuk Bersama suami isteri.

Mudharat Badan boleh kearah tuntut Fasakh
Pernah ada kes di Mahkamah Syariah yang mana seorang suami yang terlalu ketagih dengan seks sehinggakan memaksa isterinya untuk berkelakuan yang tak sepatutnya. Ishhh, kalau nak cakap tu cukup segan la nak bagitau.

Senang cerita, ada yang paksa isterinya telan air mani lah, memasukkan kemaluan isteri dengan terunglah dan macam-macam lagi kelakuan pelik yang boleh mendatangkan mudharat kepada isteri.
Ada yang sampai pengsan kerana suami mengambil ubat yang terlarang untuk tahan terlalu lama.

Ini reality kes yang mungkin orang lain tak dapat bayangkan dimana seorang isteri yang terpaksa mengikut kehendak nafsu suami daripada jam 12 malam sehingga 6 pagi. Mungkin pada orang lelaki dia merasakan dia hebat, tapi pada seorang isteri itu kekejaman. Bahkan, ada yang sampai terkoyak kemaluannya kerana diperlakukan sedemikian.

Di dalam seksyen 53 (1)(h)(i), ada diperuntukkan mengenai Fasakh atau pembubaran perkahwinan yang boleh dituntut oleh seorang isteri sekiranya berlaku kecederaan yang menyakiti tubuh badannya. Jika perbuatan seks paksa yang mendatangkan mudharat, seksyen ini adalah terpakai untuk dibuat dakwaan di dalam fasakh. Mesti kena bukti kepada Mahkamah bagaimana bentuk menyakiti tersebut dan sampai tahap mana kesakitan yang ditanggung.

Laporan Perubatan

Kalau ada perkara yang berkaitan dengan kecederaan tubuh badan, khasnya di bahagian kemaluan, jangan terus menunggu untuk mendapatkan rawatan terlebih dahulu. Sayangi diri dahulu, dan pastikan anda dapat laporan perubatan yang sah daripada Hospital untuk pembuktian di Mahkamah kelak.

Nusyuz ke kalau Tolak sebab letih

Untuk menyatakan nusyuz kepada isteri, perlu ingat, hanya Hakim Mahkamah Syariah sahaja yang berhak untuk kata seorang isteri itu nusyuz atau derhaka. Pada saya, perbuatan yang memaksa isteri yang berada dalam keadaan letih atau uzur juga bertentangan dengan konsep mawaddah wa rahmah di dalam rumahtangga.

Perkahwinan itu satu tiket untuk menghalalkan hubungan kelamin secara baik mengikut Islam. Kalau dah ada unsur paksaan, sedangkan isteri tersebut tidak berupaya, tidaklah sampai ke tahap nusyuz.

Bahkan, Islam juga mengarahkan untuk suami memberi teguran secara berhemah dahulu dalam proses untuk isteri yang enggan bersama. Ni bermaksud, perbincangan itu perlu sebagai tindakan pertama dalam isu dalaman keluarga.

Kesimpulannya, sebagai suami, kita perlu memahami pasangan kita yang terpaksa juga membantu ekonomi rumahtangga sehingga keletihan bila pulang ke rumah. Janganlah terlalu memikirkan kehendak diri semata-mata.

Sebaiknya, di dalam isu ini, perlu ada perbincangan yang baik antara suami dan isteri di dalam bab hubungan kelamin yang sihat. Kalau nak isteri sentiasa bersedia untuk bersetubuh di malam hari, cuba lah ringankan masalahnya atau mungkin melayani dengan cara yang baik.

Insya allah, mungkin kes paksaan seks tak jadi. Wallahualam. Harap-harap follower semua tak dak yang jadi macam ni, kan?

Malam Jumaat, Baca Yasin, Dengar Tazkirah Juga
Fahmi Ramli

Sumber: Fahmi Ramli via Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *