Kereta Baru Dapat Tapi Aeril Zafrel Cakap Nak Jual Sebab Cuma Nak Rasa Kejap Je. Ini Reaksi Netizen

Pelakon Aeril Zafrel tidak bercadang untuk menggunakan kereta mewah Lamborghini Aventador pemberian isterinya juga pelakon Wawa Zainal dalam tempoh yang panjang biarpun baru menerima kereta itu bulan lalu.

Aeril berkata, dia sudah memaklumkan perkara terbabit kepada Wawa selepas mencuba membawa kereta itu.

Aeril Zafrel Sebak, Menggigil Isteri Hadiahkan Lamborghini

“Sebelum ini saya ada kereta Mustang tapi bertahan selama setahun saja kerana kereta itu berada di rumah saja sehingga saya nekad menjualnya kepada kawan.

“Kemudian Wawa hadiahkan pula kereta baru ini dan selepas mencubanya beberapa kali kemungkinan kereta ini juga tak lama saya gunakan,” katanya.

Menurut Aeril, Wawa tidak berkecil hati atau marah sebaliknya begitu memahami dirinya yang sekadar mahu mencuba sesuatu kereta yang diidamkan.

“Dia sangat faham saya. Sewaktu dia belikan Mustang pun sama juga ceritanya. Saya sekadar nak cuba memandu dan ‘feel’ kereta itu. Sejenis pakai nak rasa sekejap.

Terciduk cik somi..."- Gelagat Aeril Zafrel dengan kereta mewah curi tumpuan ramai

“Saya bukan beli kereta mewah untuk menunjuk-nunjuk. Saya pun jarang muat naik gambar atau video di Instagram,” katanya.

April lalu, Aeril menerima kejutan istimewa daripada Wawa apabila isterinya itu menghadiahkan kereta mewah Lamborghini Aventador.

Aeril berkata, edisi Lamborghini itu sudah tidak dikeluarkan selain memang inginkan warna kuning.

REAKSI NETIZEN

“Org kaya punya stail .. cuba2 je”

“Sebelum ini saya ada kereta Mustang tapi bertahan selama setahun saja kerana kereta itu berada di rumah saja sehingga saya nekad menjualnya kepada kawan. NAK MENUNJUK NUNJUK SEBENARNYA. RIAK”

“Dia nakkan suasana je”

“Org tetiba kaya memang xhasrat pakai keta mahal gini lama pun kejap2 tukar ada bnyk aku tgk jenis xsampai setahun dh tukar gran pun xdpt kat tanggan lg”

Sumber : HMETRO ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *