Kereta Gadis Ini Dilanggar Kereta Polis Ketika Mereka Mengiringi VIP. Ini Kenyataan Dari Asisten Komisioner Polis

Polis menerima dua laporan berhubung video tular membabitkan kemalangan kenderaan orang awam dengan kenderaan polis yang sedang mengiringi orang kenamaan (VIP) di hadapan sebuah pusat membeli belah, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kedua-dua pemandu kenderaan berkenaan sudah tampil membuat laporan polis.

“Siasatan lanjut berhubung kes itu sedang dijalankan. Kita meminta kerjasama saksi yang melihat kejadian itu supaya hadir ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat juga boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, satu video berdurasi satu minit 47 saat di Tik Tok memaparkan seorang wanita yang mendakwa kenderaannya dilanggar sebuah kenderaan polis yang sedang mengiringi VIP di sebuah pusat beli-belah, di sini, tular di media sosial, semalam.

VIDEO:

Sumber: Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *