Kes NajibRazak Mendapat Liputan Media Sehingga Luar Negara, Namun Headline Berita Mereka Gunakan Perkataan Yang Kurang Enak Didengar

Datuk Seri NajibRazak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wangharam dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, memerintahkan bekas Perdana Menteri itu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun masing-masing bagi tiga tuduhan pecah amanah.Hakim turut memerintahkan Najib dipenjara 12 tahun penjara dan denda RM210 juta (jika gagal bayar, lima tahun penjara) bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan.Bagi tuduhan pengubahan wang haram pula, hakim memerintahkan Najib dipenjara 10 tahun bagi setiap tuduhan.Walaupun hukuman penjara itu berjumlah 72 tahun, namun hakim bagaimanapun memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak. Ini bermakna Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun.

Dalam pada itu, kes DS Najib Rzak mendapat liputan luas dari media dalam dan luar negara. Suratkhabar The West Australian panggil Najib Razak “Plundering Idiot” dalam headline berita mereka. ‘Plundering idiot’ boleh diterjemahkan sebagai penjarah bodoh atau penyamun kurang bijak.

Sememangnya tajuk headline itu menimbulkan rasa kurang senang kepada penyokong DS najib Razak, dan memang tajuk sebegitu dilihat sebagai tidak profesional. Wartawan hendaklah berbudi pekerti ketika menjalankan tugas dan elakkan guna perkataan yang akan menyinggung mana-mana pihak.

Sementara itu, Najib yang turut merayu dari dalam kandang tertuduh, mendakwa tidak mengetahui jumlah wang yang dimaksudkan dalam pertuduhan dikenakan terhadapnya itu.

“Sebagai orang Islam, Wallahi Wabillahi Watallahi saya tidak meminta, saya tidak merancang atau saya ditawarkan RM42 juta itu.

“Saya bersaksi kepada Allah, saya juga tiada pengetahuan mengenai jumlah wang itu. Begitu juga tiada bukti atau saksi berhubung perkara itu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *