30 tahun hidung Siti Sarah dihina, ini yang dipendam Siti Sarah selama ini

PENYANYI Siti Sarah Raisuddin meluahkan rasa kecewa apabila bentuk fizikal hidungnya terus menjadi bahan kutukan netizen.

Menurut Siti Sarah, sejak kecil lagi dia menjadi mangsa body shaming dan buntu memikirkan jalan menghentikan hinaan tersebut.

“Daripada kecil sampai sekarang Sarah masih menghadapi masalah yang sama iaitu orang pandang jijik mengenai bentuk hidung saya.

“Saya tak tahu macam mana nak cakap kat mereka untuk berhenti! Jauh di sudut hati saya dah tak boleh hadam benda ni sebab saya pun dah hadap selama lebih 30 tahun.

“Lagi dan lagi saya dengar benda yang sama fasal hidung, hidung dan hidung… nak saya tukar hidung ke baru tak hina saya?” katanya.

Penyanyi lagu Semakin ini menulis luahan kecewa itu menerusi Instagram.

Bersama kapsyen tersebut turut disertakan paparan skrin komen seorang netizen yang mempersendakan mengenai hidungnya.

Sementara itu, Sarah berkata hinaan tersebut turut memberi kesan kepada keluarganya.

“Untuk makluman awak, segala kutukan awak fasal hidung saya satu keluarga baca suami dan anak-anak! Awak tahu tak? Orang sekarang ni terlalu teruk bab mengutuk fizikal orang.

“Bagi tahu dengan saya macam mana nak buat sebab Allah bagi saya hidung ni. Apa saya perlu buat? Menangis? Awak puas hati ke bila awak kutuk orang?

“Kalau awak berada di tempat saya, mungkin sekarang awak di wad gila! Ada manusia sekarang yang hitam hati dia, kutuk bukan-bukan fasal orang,” ujarnya.

Baru-baru ini, penyanyi Siti Nordiana turut meluahkan rasa kecewa dan sedih apabila menjadi mangsa body shaming netizen yang memintanya memperbaiki gigi.

Sumber Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *