Ketika Seluruh Dunia Berperang Dengan C0vid19, Ini Keadaan Bandar Wuhan Sekarang Sedang Raikan Pesta Halloween

Wuhan satu ketika dahulu sunyi dan lengang umpama ‘bandar hantu’ selepas lebih 11 juta penduduk bandar itu ‘dikurung’.Langkah itu dibuat bagi mengelakkan virus C0VID-19 yang dikesan bermula di sana daripada merebak, namun ia telah pun menular dan meletakkan seluruh dunia kini dalam krisis kesihatan.

Dan ketika negara-negara lain masih lagi bergelut dengan pandemik ini, penduduk di Wuhan sebaliknya sudah boleh keluar berparti sakan.

Ogos lalu, Lobak Merah pernah menyiarkan artikel mengenai pesta air di Wuhan yang dihadiri ramai pengunjung. Dan yang terkini, ribuan pengunjung dilapor memenuhi sebuah taman tema bagi meraikan pesta Halloween pada malam Khamis.

Daily Mail dalam artikelnya turut menyiarkan beberapa keping gambar kemeriahan sambutan malam hantu itu yang diadakan di taman tema Happy Valley Wuhan.

Apa yang menarik perhatian adalah hampir tiada langsung penjarakan sosial dipraktikkan oleh pengunjung yang bersesak-ses4k, dengan segelintir daripada mereka juga dilihat tidak memakai topeng pelitup muka seolah-olah tidak risau dengan ancaman jangkitan C0VID-19.

Secara tradisinya, Halloween tidak diraikan di China namun ia mula mendapat sambutan sejak dua dekad lalu. Dan difahamkan pengunjung tempatan juga sudah mula kembali ke Wuhan sejak beberapa bulan lepas, sekali gus menghidupkan kembali industri pelancongan bandar di bandar itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page AWS

Sumber : lobak merah

PERHATIAN: Pihak AWS tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak AWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *