Kecoh Video Misteri Sesuatu Ketuk Pintu Rumah Di Sabak Bernam. Seorang Netizen Dedahkan Sesuatu Tentang Video Tersebut

Bunyi ketukan pintu yang kuat hingga mengejutkan penghuni rumah, mencetuskan tanda tanya dan menjadi misteri dalam kalangan penduduk beberapa kampung sekitar daerah ini sejak kelmarin.

Ketukan itu menimbulkan persoalan dengan pelbagai ulasan daripada netizen, antaranya mendakwa ada individu tidak bertanggungjawab sengaja melakukan perbuatan itu hingga tular menerusi aplikasi WhatsApp dan laman sosial Facebook.

Difahamkan, gangguan ketukan itu berlaku pada waktu malam hingga awal pagi itu dan membabitkan beberapa kampung lain, antaranya Batu 38, Kampung Tengah dan Kampung Banting.

Mhd Khairol menunjukkan pintu yang diketuk susulan gangguan misteri di rumahnya di Kampung Batu 37, Sabak Bernam. - Foto Mhd Khairol Anuar Mhd Zaini

Penduduk Kampung Batu 37, Mhd Khairol Anuar Mhd Zaini, 38, mendakwa ketika berada di dapur rumahnya kira-kira 10.45 malam, dia terdengar bunyi ketukan yang datang dari pintu dapurnya.

“Bunyi ketukan itu kuat seolah seseorang mahu masuk ke dalam rumah dengan cepat.

“Apabila saya intai menerusi tingkap, tidak nampak siapa yang ketuk. Beberapa minit kemudian, bunyi ketukan itu kembali dan ia datang dari bilik air di dalam rumah.

“Kebetulan bilik air itu sudah lama tidak digunakan, jadi seluruh tubuh saya menggigil

VIDEO TULAR BUNYI KETUKAN TAPI BETUL KE?

Satu rakaman video tular di media sosial yang jelas menunjukkan bunyi ketukan yang kuat di salah sebuah rumah di Sabak Bernam.

Seorang pengguna media sosial meninggalkan satu komen mengatakan video tersebut tidak sahih.

“Dy ketuk dari dlm sendiri bergegar camera .dome tengok pkul 3pgi sorng2”

Jika anda perhatikan betul betul video tersebut memang jelas apabila ketukan berlaku gegaran pada kamera juga berlaku. Jadi adakah video ini palsu?

Anda nilaikan sendiri ye .. Admin tidak kata kejadian misteri di Sabak Bernam ini tipu sebab mana munkin ramai penduduk yang kena dan tempat mereka berbeza.

LAGI KETERANGAN MANGSA KETUKAN MISTERI

Tiba-tiba terdengar bunyi ketuk pintu, tapi orang takde” – Penduduk Sabak Bernam Dihantui Misteri Ketukan Pintu - Lobak Merah

Penduduk Kampung Tengah, Nor Zaihana Yaakob, 38, mendakwa turut mengalami pengalaman sama ketika berada dua anak dan ibunya ketika berada di rumah.

“Mulanya saya ingatkan dua anak saudara pulang dari kerja. Namun, sangkaan itu meleset apabila tiada siapa di luar rumah sewaktu saya menjenguk menerusi tingkap.

“Seram jugalah dengan peristiwa ini. Tambahan pula, suami tiada di rumah kerana bekerja malam,” katanya.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Batu 37 Darat, Muhammad Nazri Saiman, memaklumkan pihaknya menerima aduan berhubung perkara itu.

Antara tangkap layar komen netizen mengenai kejadian misteri di Sabak Bernam.

Muhammad Nazri berkata, gangguan itu turut berlaku kepada dirinya ketika berada di rumah kira-kira 11 malam kelmarin.

“Difahamkan, hampir separuh penduduk kampung ini mengadu berkenaan kejadian (ketukan pintu) itu.

“Saya menasihatkan mereka agar berhati-hati dan tidak membuka pintu sekiranya terdengar bunyi mencurigakan,” katanya.

Beliau berkata, penduduk dinasihatkan menghubungi polis atau pihaknya, selain jiran terdekat sekiranya ternampak individu mencurigakan.

“Kami kini mengambil tindakan dengan melakukan rondaan membabitkan sukarelawan MPKK bermula 10 malam hingga 3 pagi di sekitar kampung ini,” katanya.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Olahan: AwattSyeikhhh Network

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *