KJ Akhirnya Bagi Respond Tentang Tuduhan Dia Tipu Anak Dia Sudah Divaks1n Selepas Netizen Kantoikan Dlm Video

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengesahkan anak bongsunya telah menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 untuk Kanak-Kanak (PICKids)

Menerusi perkongsian di laman Twitter miliknya, Khairy berkata anaknya, Raif telah selesai dos pertama di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Tapi sudah pasti sekarang ramai dengar bahawa tular satu video dari netizen mengatakan nurse yang cucuk vaks1n pada anak bongsu KJ tidak suntik dgn betul.

Hari ini Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin beri respond tentang perkara tersebut.

COVID-19: Jangan ganggu ibu bapa mahu vaksin anak mereka - KJ

Golongan ibu bapa yang tidak mahu anak-anak mereka divaksinasi tidak perlu mengganggu mereka yang mahu berbuat demikian.

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, ada pihak yang sanggup menyebarkan fitnah dengan menyatakan anaknya hanya dicucuk dengan angin untuk mempengaruhi orang lain.

Dalam ciapan di Twitter hari ini, Khairy berkata ketika ini lebih ramai ibu bapa yang yakin dengan vaksin untuk melindungi anak mereka.

“Walaupun ada yang sebar fitnah anak saya dicucuk angin, semakin ramai ibu bapa yakin dengan vaksin.

“Jangan kacau orang lain yang nak vaksinkan anak mereka,” katanya.

Data dikongsikan Khairy turut menunjukkan liputan dan pendaftaran vaksin untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun meningkat sebanyak 24,967 pada Rabu yang membawa kepada 892,974 pendaftaran bagi PICKIDS.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan 70 peratus daripada empat juta kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerima vaksin menjelang hujung Februari ini.

Khairy sebelum ini turut memuat naik gambar dan video anaknya, Raif, 6, menerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) World Trade Centre (WTC) di ibu negara.

Sumber : K! Online / Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *