Ini Kata Kata Khairy Jamaluddin Selepas Semua Menteri Hantar Surat ‘Berhenti Kerja’ Kepada Agong

Anggota kabinet telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Perkara itu diumumkan menteri Umno Khairy Jamaluddin di media sosial sebentar tadi.

“Terima kasih atas peluang untuk, sekali lagi, berkhidmat untuk negara.

“Semoga Allah merahmati Malaysia,” tulis Khairy.

Bagaimanapun, setakat ini, masih belum ada sebarang makluman daripada Istana Negara atau ketua setiausaha kerajaan.

Malaysiakini

Muhyiddin selesai menghadap Agong

Lambaian tangan dan senyuman kepada petugas media antara reaksi awal Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sejurus kenderaan membawanya keluar dari pintu utama Istana Negara kira-kira pukul 1 tengah hari.

Sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berlangsung selama hampir 40 minit.

Terdahulu, kereta jenis jenis Toyota Vellfire yang membawa beliau dengan diiringi polis pengiring memasuki pintu utama Istana Negara sekitar pukul 12.20 tengah hari.

Sejak awal pagi tadi, petugas media dan anggota polis sudah memenuhi pekarangan Istana Negara bagi memantau perkembangan terkini isu politik negara.

Kosmo! Online melaporkan, kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Istana Negara dipercayai bagi mempersembahkan keputusan peletakan jawatan beliau.

Sumber : Malaysia Gazette / Kosmo Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *