KEBENARAN untuk menemani isteri yang bakal melahirkan anak dalam bilik bersalin kini diberikan kepada suami yang yang lengkap menerima dos vaksin Covid-19.
Perkara itu maklumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam ciapan terbaharu di laman sosial Twitter rasminya pada Isnin.
Menurut Khairy, beliau telah meminta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk membenarkan bakal bapa menemani isteri di dewan bersalin sekiranya mereka lengkap divaksinasi dan mendapat keputusan negatif ujian Covid-19.
HANYA golongan suami yang lengkap divaksinasi dan mendapat keputusan negatif ujian Covid-19 yang dibenarkan menemani isteri dalam bilik bersalin. — Twitter Khairy Jamaluddin
Hantaran itu dikongsi beliau sebagai menjawab permintaan seorang pengguna media sosial di Twitter.
Pengguna itu memohon agar golongan bapa yang lengkap divaksinasi dan keputusan ujian Covid-19 negatif supaya dibenarkan menemani isteri dalam bilik bersalin.
Noor Hisham turut membalas status berkenaan.
“Ya, akan laksanakan apa yang diperlukan,” tulis Noor Hisham.
Tahun lalu, susulan penularan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hospital kerajaan tidak membenarkan suami untuk menemani isteri dalam bilik bersalin.
Sumber : MSTAR ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.