Syarikat Produk Yang Lantik Eira Azlera Sebagai Duta Tampil Buat Kenyataan Rasmi. Ini Yang Akan Mereka Lakukan

Betul orang cakap, kerana mulut badan binasa. Jadi jangan suka suka cakap lepas terutama bila anda adalah public figure. Haruslah diingat anda terkenal pun kerana peminat dan anda boleh tenggelam kerana peminat.

Selepas dihalau di restoran popular Melaka, video body shaming pula bikin panas… influencer mohon maaf seikhlas hati

KURANG seminggu, nama seorang influencer media sosial hangat diperkatakan gara-gara dua isu berbeza yang menjadi kontroversi.

Pertama, usahawan wanita itu mendakwa dihalau ketika membuat reviu produk menerusi video penstriman secara langsung (FB Live) di sebuah restoran popular di Melaka.

Susulan kontroversi itu, satu video lamanya pula tersebar menunjukkan dia didakwa memaki seorang pengguna Facebook dan melakukan body shaming ke atas wanita berkenaan.

Usahawan berkenaan yang lebih dikenali sebagai Eira Aziera kemudian tampil membuat permohonaan maaf secara terbuka berhubung dua insiden yang tular membabitkan dirinya.

“Jujur Eira katakan, salah tetap salah. Sebagai individu yang jauh lebih muda Eira seikhlas hati memohon maaf sebab pada ketika itu Eira gagal mengawal emosi dan amarah sehingga tutur dan kata Eira telah menyinggung hati banyak pihak.

“Insiden-insiden tersebut menyebabkan ramai follower yang Eira sayang telah berkecil hati dan sekali gus timbul pelbagai salah faham dan prasangka buruk,” katanya sambil menambah bahawa kejadian yang berlaku turut memberi kesan amat mendalam kepada keluarganya.

“Permohonan maaf ini dibuat seikhlas hati Eira dan kepada kalian semua yang telah memberikan komen-komen negatif terhadap Eira sejujurnya Eira telah berlapang dada dan maafkan semua.

“Kerana anda semua berhak untuk berasa kecewa dengan Eira. Keputusan Eira untuk tampil membuat permohonan maaf terhadap kedua-dua pihak ini dan juga memberi kemaafan untuk anda semua membuatkan Eira lebih tenang menghadapi ujian ini,” katanya.

KLUBNA LALEH TAMPIL BUAT KENYATAAN

Ramai netizen yang mengajak untuk b0ikot produk Klubna Laleh sekiranya Eira Aziera masih menjadi duta mereka.

Seorang individu telah bertanyakan soalan berkenaan Eira Aziera di laman Facebook Klubna Laleh Malaysia Offical.

“Selama ni saya ingat wanita yang sllu live tu founder… Rupanya duta saja. Tapi kenapa dia x professional ? Tak mampu kawal emosi”

INI JAWAPAN DARI PIHAK KLUBNA LALEH

Salam sejahtera & Assalamulaikum.

Kepada semua, Leader ,Stokis dan Agent team med. Pihak HQ sudah terima aduan tentang perkara di atas . Pihak main Hq dan founder KlubnaLaleh Atau syarikat MedDesire telah serah kan perkara peguam syarikat untuk tindakan tatatertib dan Jangan diperbesarkan lagi issue ini kita serahkan kepada Pihak peguam Syarikat .

Ini untuk maklumbalas semua .okey Mohon maaf dari pada Pihak Saya dan HQ klubna Laleh atas kejadian yang TAK DIINGINI ini. Terima kasih. #TuanZainudin KlubnaLalehMalaysia

 

Bermacam macam dugaan yang menimpa Eira Aziera minggu ini. Semoga apa yang terjadi ada hikmahnya untuk dia menjadi lebih baik dari dahulu.

Artikel By: AwatttSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

SALIN SEMULA TIDAK DIBENARKAN TANPA KEBENARAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *