Niat nak kongsi perubahan awek dari gelap ke gebu, gemuk jadi kurus terus jadi lain

MELUAT… rasa nak baling selipar je. Begitulah reaksi netizen terhadap seorang pemuda yang dianggap sengaja merendah-rendahkan rupa paras teman wanitanya.

Perkongsian Muhammad Huzairie Yahya di Twitter mengenai transformasi wajah kekasihnya, Nurshamira Shahimi daripada gadis berkulit gelap, gemuk dan selekeh kepada penampilan kurus, putih gebu dan cantik bagaimanapun dikecam netizen.

Rata-rata netizen kurang senang dengan kata-kata pemuda berusia 23 tahun itu yang disifatkan sebagai keterlaluan.

Mesra disapa Huzairie, pemuda itu menegaskan dia sebenarnya tiada niat untuk menghina bakal tunangnya itu.

Saya sebenarnya bukan kutuk awek saya. Saya just nak share perubahan diri dia, tapi orang dah salah faham.

“Orang ingat saya kutuk dia… downgrade dia. Tapi hakikatnya saya amat berbangga kerana dia boleh ubah penampilan diri jadi lebih baik,” katanya ketika dihubungi mStar.

Jelas pemuda dari Pulau Pinang itu, dia enggan ambil pusing kata-kata netizen kerana sesiapa saja berhak menyuarakan pendapat masing-masing.

“Ramai suruh saya cermin diri dulu. Tak pa biarlah mereka nak kata apa, saya dah lali kena kecaam. Cukuplah saya sendiri tahu apa yang saya tulis. Saya hanya ambil yang positif sahaja.

“Mungkin ada yang salah faham. Mereka tak boleh terima dan ambil serius ayat saya tu. Tapi mungkin saya tersilap juga sebab guna perkataan macam tu,” katanya.

Sepanjang perkenalan selama setahun, Huzairie berkata dia tidak pernah meminta kekasihnya untuk mengubah penampilan dirinya.

“Perubahan itu dia buat untuk diri sendiri bukan untuk saya. Sepanjang kenal dia, saya tak pernah suruh dia tukar itu tukar ini.

“Dia buat sendiri, tapi saya adalah bagi idea bila dia tanya OK ke tak kalau dia nak beli sesuatu barang,” katanya.

Memandangkan tweetnya menjadi bualan hangat netizen di media sosial, Huzairie berkata dia sudah menghubungi keluarga kekasihnya untuk menjelaskan perkara itu.

Dia mudah faham kerja saya. Masa mula kenal-kenal tu dia tak adalah selalu call… jenis relaks je. Itu yang buat saya suka.

Sebenarnya sebelum saya post tweet tu saya beritahu awek saya dan dia OK je. Dia pun akui apa yang saya kongsi di Twitter tu betul.

“Saya ada juga WhatsApp ibu dia sebab rasa serba salah kalau tak beritahu, manalah tahu kalau ibu dia terbaca di mana-mana.

“Takut juga nanti jadi lain pula. Parents dia kenal saya, mereka tak kisah dan tak ambil hati pun,” katanya.

Huzairie dan kekasihnya itu bakal bertunang dalam majlis yang dirancang diadakan pada 3 November depan.

“Alhamdulillah persiapan semua dah settle tinggal nak berlangsung majlis sahaja. Saya harap majlis kami nanti dipermudahkan dan berjalan dengan lancar,” katanya.

Ditanya mengenai perkenalan mereka, Huzairie berkata dia dipertemukan dengan kekasihnya itu menerusi Instagram.

“Dia approach saya dulu di Instagram tahun lepas. Masa tu saya single dah lima tahun tapi dia berjaya buka hati saya.

“Dia mudah faham kerja saya. Masa mula kenal-kenal tu dia tak adalah selalu call… jenis relaks je. Itu yang buat saya suka,” katanya yang bekerja di bahagian pembangunan di sebuah kilang di Pulau Mutiara.

Sumber Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *