Pemandu Myvi Ini Beritahu Dia Elak Kereta Lain Sebelum Melanggar. Ini Kenyataan Ketua Polis Johor Tentang Itu

Polis menyangkal dakwaan pemandu kereta Perodua Myvi mengelakkan kenderaan berhenti di depannya hingga terlibat dalam kema-langan mengakibatkan kem4tian di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi dekat sini semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, rakaman video yang tular di media sosial jelas menunjukkan kereta dipandu wanita berusia 23 tahun itu merem-puh kereta Honda Accord dinaiki mangsa hingga kedua-dua kereta terbalik.

Katanya, video tersebut turut membuktikan dakwaan wanita itu tidak benar sama sekali terdapat kereta lain di hadapan keretanya melainkan tindakannya memecut laju ketika sampai di lokasi kejadian.

“Dakwaan ada kereta berhenti di hadapannya, tidak benar. Dia memang laju.

“Ada banyak kesalahan yang dilakukan. Tidak mempunyai lesen kenderaan, cukai jalan tamat tempoh, positif metha-mpheta-mine lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di sini hari ini selepas menghadiri Program Polis Diraja Malaysia Bersama Pelanggan Dan Komuniti Kepolisian Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara.

Semalam, seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia, Laskar Kanan Mohd. Rizal Buseri, 31, ma-ut di tempat kejadian manakala Nur Fatin Nazrah, 23, dan Chang Ah May, 78, mengalami kecede-raan ringan dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu

Lepas Dia Langgr Hingga Mautt Anggota TLDM Itu Tiba Tiba Dia Dikatakan Hilang Ingatan

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Nordatul Badrol Abd. Rahman, pihaknya menerima panggilan keceemasan mengenai kemaIangan melibatkan tiga kereta jenis Honda Accord, Perodua Myvi dan Proton Saga berhampiran simpang empat di Plaza Pelangi.

Katanya, sebuah jentera FRT dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dengan kekuatan keseluruhan seramai sembilan anggota telah dihantar ke tempat kejadian sejurus laporan kecemasan diterima.

“Setiba di lokasi kejadian, pasukan keluaran operasi mendapati kereta jenis Honda Accord dipandu mngsa dalam keadaan terbalik dan mngsa tersepit di bahagian pemandu.

“Tindakan operasi mengeluarkan mngsa tersepit menggunakan peralatan khas menyelamat hanya mengambil masa dua minit.

“Mngsa disahkan mennggal dnia di tempat kejadian setelah disahkan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Nordatul Badrol berkata, mngsa diserahkan kepada pihak polis dan mngsa cdera diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya.

DIKATAKAN HILANG INGATAN

Wanita yang berambut Perang ialah wanita bernama Nur Fatin Nasrah, 23 tahun, penjual air tebu viral yang memandu tanpa lesen dan cukai jalan & insuran telah pun tamat.

Nur Fatin Nasrah telah dimasukkan ke dalam hospital dan disahkan hilang ingatan sementara (Temporary Amnesia) berkaitan kem4langan, tetapi sempat menutup akaun Pesebuk.

Sumber: Kosmo Online / Abdullah Pak Lah MY via Jirancakap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *