Usia perkahwinan yang menjangkau 13 tahun tidak bermakna apa-apa setelah suami memilih untuk curang dengan wanita lain. Itulah kisah tragis perkahwinan yang dikongsi oleh seorang wanita yang ‘menyerang’ suaminya dengan skandal setelah 2 tahun menjalin hubungan rahsia.
“Cara saya hadapi kecurangan suami, kahwinkan mereka..”
Kisah yang tular di Tkt0k menerusi perkongsian isteri, @ayuerizky_ramadhani menceritakan bagaimana dia menangkap suaminya yang curang di rumah seorang janda anak 1 dalam rumah yang mereka duduki.
Caranya yang ‘elegent’ tanpa langsung ada adegan menangis atau tarik rambut sangat tular kerana wanita tabah ini memilih untuk mengahwinkan suaminya dengan wanita perampas tersebut.
Berlaku drama air mata ketika suami dan skandal tersebut kononnya menangis tidak setuju untuk dikahwinkan sambil keduanya melutut di hadapan wanita ini.
Dua tahun simpan skandal dengan janda anak 1
Memuat naik pembongkaran tentang skandal yang suaminya miliki, dia menggunakan suara latar ‘reveal selingkuhan suami’ bersama gambar-gambar yang dicantumkan menjadi sebuah video yang berdurasi 10 saat.
“Dah disuruh nikah taknak pulak, nak apa sebenarnya??”
Tinjauan ke ruangan komen mendapati ramai netizen yang ‘panas’ melihat kecurangan yang terpaksa dihadapi oleh wanita ini. Malahan ada yang mengatakan wanita terlampau cantik namun tidak dihargai oleh suaminya malah sanggup curang di belakang isteri.
“Dah la tak good looking..”
Ada juga yang menyelar tindakan suami tersebut kerana sudahlah tidak tampan, tapi mempunyai niat untuk mencari yang lain sehingga membuatkan rata-rata netizen merasa marah dengan sikap lelaki tersebut.
SUMBER: ayuerizky_ramadhani Via Redaksi
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.