Kenyataan dari Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan warganet.
Sebelum ini, tular video Mohd Rashid ‘menikmati’ durian tanpa penjarakan sosial yang dipercayai berlaku di sebuah kebun di Batu Pahat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Hasil pemerhatian Gempak di laman media sosial, rata-ratanya menganggap jawapan yang diberikan tidak berasas serta tidak logik.
Ingin mengukuhkan lagi, netizen tampil dengan bukti-bukti yang menunjukkan rakaman itu baru sahaja berlaku.
Anda boleh lihat antara sebahagian respon netizen di bawah. Semua bukti bukti menyangkal dakwaan bahawa itu adalah gambar lama.
KANTOI LAK BAJU LIVERPOOL BARU
TERANG TERANG TULIS TARIKH
JENAMA TUDUNG PUN KANTOI
Terdahulu, seorang pengguna akaun Facebook memuat naik satu rakaman majlis kenduri durian dengan kehadiran wakil rakyat yang didakwanya sebagai timbalan speaker.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah dalam satu kenyataan susulan berkata, satu laporan polis telah dibuat dan kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat kejadian dalam video berkenaan
Sumber : GEMPAK
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.