Perdana Menteri Umukan KWSP Boleh Dikeluarkan Bermula April Tetapi Ramai Tidak Dapat Masuk ‘KWSP’ Sekarang

Pada waktu sekarang, ini adalah antara berita baik untuk semua rakyat. Beban boleh dikurangkan.

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh mengeluarkan wang simpanan dari akaun dua bagi membantu meringankan beban yang ditanggung mereka akibat pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, inisiatif pengeluaran menerusi i-Lestari itu tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan selama 12 bulan.

“Menerusi kemudahan ini, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

“Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020. Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion,” katanya.

Beliau bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi hari ini.

Katanya, inisiatif itu adalah sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat yang lebih komprehensif yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Katanya inisiatif itu akan membabitkan dana berjumlah RM40 billion.

LAMAN WEB KWSP TIDAK DAPAT AKSES?

Sejurus selepas Perdana Menteri mengumumkan pengeluaran KWSP akaun 2 boleh dikeluarkan, laman web KWSP tidak dapat diakses.

Ini kemunkinan kerana ‘traffik’ atau terlalu ramai pengunjung laman web pada satu masa.

Rata rata memberitahu tidak dapat akses laman web KWSP atau terlalu perlahan. Tinjauan pihak kami untuk laman web KWSP keluar sepenuhnya mengambil masa dalam 4-5 minit.

Selain dari laman web KWSP, boleh juga memuat naik aplikasi i-Akaun (KWSP) di Google Playstore atau Apple App Store.

Terima kasih kepada Perdana Menteri TSMY kerana telah memberi berita baik untuk rakyat Malaysia. Mari kita berdoa agar ujian ini berakhir ketika tamatnya Kawalan Pergerakan.

Jangan lupa #StayAtHome

Info: Malaysia Kini

Artikel By: AwattSyeikhhh Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *