Kuala Lumpur – Biarpun sudah sembilan isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pergi menghadap Ilahi namun pelawak Shuib akui masih sukar untuk dia moveon ke hadapan.
Ketika ditemui, Shuib menyatakan luaran diri nampak kuat namun hakikatnya dia masih terl.uka dengan kehilangan a.rwah.
Kata pemilik nama pemilik nama Shahmira Muhamad, perasaan itu ada pasang surut bagaimanapun dia yakin satu hari nanti keadaan akan kembali pulih.
Turun naik itu ada. Ada masa kita kuat, bangun pagi rasa best ja. Saya tak reti nak cakap moveon tu macam mana. Padahal dah sembilan bulan.
Macam waktu saya balik kampung haritu. Dada rasa lapang dan happy tengok anak-anak berpuasa di sana. Dalam masa sama, saya ajak juga kawan-kawan di Kuala Lumpur untuk turut bersama.
Semuanya okey, semuanya happy. Tapi bila saya balik semula ke sini, langkah ke pintu rumah, dia jadi autoingat pada a.rwah. Semua datang macam mana hari pertama kehilangan dulu.
Mungkin begitulah. Ada masa okey, ada masa tak okey. Bila kita teringat dekat dia, kita sedekahkan Al-Fatihah dan mengaji untuk dia. Jadi, hadap saja, insya-Allah mesti okey nanti.
Dalam pada itu, usahawan terkenal ini risau akan terus h.anyut dibawa perasaan sedangkan dia masih ada tanggungjawab dengan empat orang cahaya mata yang masih kecil.
Ikhtiar sendiri juga untuk lalui semua ini. Memang saya akui terbawa-bawa takut terlarut dalam rindu. Sedangkan perjalanan anak-anak masih jauh.
Pukul Dua Pagi Minta Masak Makan
Andai ada satu perkara yang terbuku dihati Shuib sehingga kini adalah rasa terkilan tidak dapat memohon maaf pada arwah isteri kesayangannya, Siti Sarah Raissuddin.
Kata Shuib, dia berasa terkilan kerana termarah pada isterinya di dalam hati hanya kerana arwah meminta dan teringin untuk menikmati nasi putih bersama telur goreng dan kicap pada jam 2:30 pagi.
“Dia kejut saya dekat jam dua lebih, saya esok ada kerja, dia tengah sarat ni. Dia kata B I nak makan nasi putih telur mata dengan kicap.
“Saya marah. Tidur… Tengah-tengah tidur saya bangun dalam keadaan marah, saya cakap aduh 2:30 pagi bu.
“Saya ingat lagi momen tu, saya masak telur tu. Saya naik atas, masih lagi dengan marah. Saya bagi dekat dia, dia dapat, seronok sangat dengan nasi tu.
“Walaupun nasi ni dengan kicap dengan telur. Saya nampak dia tengah duduk makan. Dan saya tidur tak teman dia makan,” kongsinya sambil mengalirkan air mata.
Shuib mendedahkan kisah itu menerusi program RIA X In Person.
Disebabkan itu, Shuib berpesan untuk berbuat baik terutamanya pada ahli keluarga dan orang tersayang kerana tidak tahu bila momen bersama mereka akan berakhir dalam sekelip mata.
“Itu yang saya rasa. Allahuakhbar… Saya cakap. Banyak-banyak benda lah itu satu saya nak cakap, saya nak minta maaf sangat dengan dia.
“Jadi kita kena hargai lebih-lebih lagi orang yang kita sayang. Kita tak tahu tau bila momen Allah nak ambil orang itu,” ujarnya sebak.
View this post on Instagram
Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah mening.gal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan dalam keadaan dij.angkiti vi.rus C.0vid 19.
Hasil perkahwinan bersama pada tahun 2011, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia tujuh bulan.
Kredit : SSY/FB/OB