Lelaki Bangladesh ‘Aljazeera’ Tampil Memohon Maaf. Ini Kenyataan Dari Peguam Md. Rayhan Kabir

PUTRAJAYA – Warga Bangladesh Md. Rayhan Kabir ya g membuat dakwaan berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang tanpa izin, ketika negara menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bagi membanteras penularan Covid-19 memohon maaf kepada rakyat Malaysia di atas tindakannya itu.

Permohonan maaf itu disampaikan menerusi peguamnya, C. R Selva dan K. Sumitha Shaanthinni ketika menemui anak guamnya yang kini ditahan di Jabatan Imigresen di sini.

Peguam yang mewakili Md. Rayhan, C.R Selva (kanan) dan K. Sumitha Shaanthini ketika ditemui di Jabatan Imigresen hari ini.

C.R Selva berkata, anak guamnya itu tidak berniat untuk memburukkan kerajaan Malaysia dan memohon maaf di atas tindakannya.

Beliau berkata, anak guamnya juga berada dalam keadaan baik dan tidak menghadapi sebarang masalah sama ada dari segi makanan mahu pun layanan daripada Jabatan Imigresen.

“Md. Rayhan ingin memohon maaf di atas tindakannya sebelum ini dan dia bersedia untuk pulang ke negaranya bila-bila masa,” katanya kepada Kosmo ketika ditemui di sini hari ini.

Sumber : Kosmo Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *