Kadang kadang untuk sebuah content kita sanggup lakukan perkara yang boleh dikatakan bodohh.
Untuk mendapat perhatian, ramai juga yang sanggup ketepikan perasaan malu pada bangsa dan agama dan juga ketepikan keselamatan diri sendiri.
Jika buat seorang diri munkin ramai tidak kisah sebab sekiranya jadi apa apa kecelakaan hanya pada diri sendiri tetapi jika membuat sesuatu yang merbahaya bersama orang lain itu boleh dikatakan satu tindakan yang kurang bijak.
Satu video tular di media sosial yang lokasi tidak dapat dipastikan tetapi mendapat pelbagai reaksi netizen.
Video yang berdurasi 41saat menunjukkan seorang lelaki yang membawa anak perempuan menaiki Honda EX5 telah diminta untuk membuat aksi wheelie.
Video ini tular di page Facebook Jom Redha
Pada mulanya lelaki ini enggan menunaikan permintaan tetapi setelah dipujuk dia buat juga.
Jelas kedengaran anak kecil yang juga tidak memakai topi keledar menjerit ketakutan manakala ayahnya kelihatan gembira dan puas dapat buat aksi merbahaya.
Video:
KOMEN NETIZEN:
“Hobi kami mahal, tapi otak kami tarak” katanya
“Janganlah bodoh sangat, harap ada tindakan supaya tak terulang bodoh ni kepada nyawa yang tak bersalah”
“Minta maki free . Bodohnyaaa lahaiii , nyawa anak tu ada jual kt shopee ke”
Netizen turut beberapa kali tag pihak PDRM memohon agar lelaki yang menunggang motorsikal bersama anaknya ditahan.
Pengajaran yang patut kita ambil dari video ini, berhenti hentilah buat benda tak cerdik untuk keseronokkan beberapa saat.
Sumber Video: Jom Redha
Artikel : AwatttSyeikhh Network
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.