Lelaki Ini Ditangkap Ketika Sidang Mahkamah Najib Razak Sedang Dijalankan. Ini Kenyataan Dari Ketua Polis Sentul

PERBUATAN yang pasti mengundang tangkapan polis. Itulah yang berlaku apabila seorang lelaki ditahan polis kerana cuba memanjat pagar untuk masuk ke perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Hari ini, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur menjadi tumpuan para penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mana kes perbicaraannya diputuskan oleh Mahkamah Tinggi berkaitan dengan tujuh pertuduhan membabitkan jenayah pecah amanah (CBT), rasuah dan salah gunakuasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy, lelaki berkenaan dikesan melakukan cubaan itu pukul 6.30 petang.

“Polis telah membuat tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 33 tahun yang mana dia cuba untuk memanjat pagar, masuk ke perkarangan mahkamah.

“Lelaki itu telah dibawa ke balai polis terdekat untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, kawasan luar perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dibanjiri kira-kira 700 individu yang dipercayai penyokong Najib sejak awal pagi.

Seramai 200 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul terlibat dalam mengawal keadaan di sekitar kompleks mahkamah.

Sumber : SuaraMerdeka

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *