Lelaki Ini Lapar Tengah Malam Dan Dia Pergi Beli Burger, Disaat Dia Buka Bungkusan Burger Ini Yg Dia Nampak

PERUT lapar memang sudah menjadi perkara biasa bagi individu yang suka tudur lewat.

Biasanya, makanan mudah dan murah seperti burger yang dijual pada waktu malam pastinya menjadi ‘penyelamat’.

Begitulah juga dengan seorang pelayar di TikTok, Rareimy yang sanggup keluar rumah untuk membeli burger walau hari sudah lewat malam.

Reimy legu terdapat sebuah gerai di tepi jalan yang masih beroperasi pada jam 1 pagi dan menjual beberapa jenis burger.

Namun, apa yang menjadi perhatian netizen menerusi video perkongsiannya adalah keadaan burger yang dibeli setelah bungkusan dibuka.

Melihat kepada video berdurasi 17 saat itu, makanan yang diterima melimpah ruah dengan hirisan timun.

“Wow, berkat beli pukul 1 (pagi),” katanya.

Lelaki itu yang pada mulanya teruja untuk menikmati burger yang dibeli terkejut selepas melihat makanan tersebut.

Reaksi tersebut mungkin kerana peniaga meletakkan timun yang berlebihan walaupun tidak diminta.

Bagaimanapun, dipercayai lelaki ini tidak marah dengan situasi itu malah menganggapnya sebagai rezeki.

VIDEO:

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menerusi ruangan komen, pelbagai reaksi warga maya dapat dilihat setelah video tersebut menjadi tular.

Rata-rata mereka terhibur dengan burger yang sudah kelihatan seperti rojak ini.

Komen netizen di TikTok.

“Kalau burger macam ni sihat ni.

“Abang burger mengantuk sangat dah ni.

“Abang burger marah sangatlah ni datang last minute.

“Mungkin timun tu sisa pagi tadi tak habis jadi dia habiskan dekat burger abang,” demikian antara komen netizen.

Sumber : MSTAR ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *