Lelaki Ini Pindahkan Air Suplemen Dari Mulut Ke Mulut Buat Netizen Kembang Tekak, Sampai D0ktor Tampil Bersuara Tentang Perkara Ini

Jijik dan meloyakan.Di sebalik tubuh sasa dan penampilan macho, se kumpulan lelaki melakukan aktiviti tidak senon0h demi trending di media sosial.

Menerusi satu video yang kini tvlar, tiga pemuda di lihat ber aksi di gim mengikut cabaran TkT0k yang di kenali sebagai ‘Dry Scooping’.

‘Dry Scooping’ adalah cabaran menelan ser.buk suplemen tanpa air untuk tenaga segera dalam kalangan mereka yang bersenam di gim, kini menjadi trend di media sosial itu.

Namun apa yang menjijik.kan ialah mereka kemudian seolah-olah ‘membancuh’ air suplemen itu sebelum memindahkan nya ke mulut orang lain.

VIDEO

Menerusi ruangan komen, rata rata netizen menyifatkan tindakan sebagai pengotor dan melampaui batas.

“Pengotor gila..Eewwww jijik.”

“Nak minum air member pun jentik straw dulu, inikan pula mulut ke mulut. Loya tekak.”

“Harap-harap dia orang gosok gigi la,” komen segelintir netizen.

Malah, ada yang menyatakan tindakan ketiga-tiga pemuda itu sengaja mengundang risiko yang kini menjadi kebimbangan ramai iaitu wabak penyakit tangan, kaki dan mulut (HMDF) yang boleh merebak melalui air liur, cecair lepuh dan najis.

Ini termasuklah penyakit cacar monyet atau monkeypox yang kini hangat diperkatakan yang mana boleh disebarkan melalui sentuhan dengan luka pada kulit atau titisan cecair badan daripada orang yang dijangkiti.

“Punca segala penyakit betullah.Yang ni ke penyakit cacar monyet?”

“Ini bukan cacar monyet. Inilah monyetnya,” antara komen-komen netizen.

PENJELASAN DOKTOR

Pengamal perubatan Dr Ahmad Samhan Awang berkata, trend ‘Dry Scooping’ iaitu menggalak kan pengambilan serbuk suplemen tanpa air sebenarnya bahaya.

“Amalan ini berisiko dan boleh membahayakan kesihatan seperti jantung ber denyut laju, jangkitan paru-paru dan sesak nafas.

“Ada yang kata ambil serbuk suplemen tanpa air boleh meningka tkan tahap penyerapan dalam perut dan boleh workout lebih kuat. Tiada kajian khusus untuk itu,” katanya ketika dihubungi.

Dr Ahmad Samhan berkata, suplemen pra latihan yang dibuat mesti di campur dengan air sebelum minum.

“Bila telan serbuk tanpa dicampur air, boleh menyebabkan risiko serbuk masuk ke dalam paru-paru bukan ke dalam perut. Ini boleh menyebabkan jangkitan paru-paru.

“Menelan serbuk yang bercampur hanya dengan air liur menghasilkan ketulan yang sukar ditelan. Ini boleh menyebabkan risiko tertutup salur pernafasan dan kematian.

“Serbuk suplemen juga mengandungi kafein. Bila telan serbuk ada risiko pengambilan berlebihan. Pengambilan kafein tinggi menyebabkan jantung berdenyut laju,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai aksi memindahkan air dari mulut ke mulut sebagaimana yang dirakamkan dalam video yang tular.

“Trend berkongsi air dari seorang ke seorang bukan saja menjijikkan tetapi berisiko untuk menyebarkan jangkitan.

“Mulut adalah tempat di mana paling banyak kuman. Jika salah seorang dijangkiti penyakit, semua orang akan dijangkiti,” tegas Dr Ahmad Samhan.

SUMBER:MSTAR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *