Penunggang motosikal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan mencederakan warga emas, Ahad lalu.
Tertuduh, Muhammad Zulkifli Che Su, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa sengaja menyebabkan kecederaan kepada Zainol Din Hussain di Padang Jawa di sini pada jam 12 tengah hari, 22 Mei lalu.
Ia adalah kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Erneetha Kaur mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu tidak mengganggu mangsa atau saksi berkaitan kes berkenaan.
Tertuduh, Muhammad Zulkifli Che Soh merupakan seorang juruteknik syarikat automotif mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan seorang warga emas dengan sengaja di Padang Jawa selepas dibawa oleh pegawai polis di Mahkamah Majistret, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 26 MEI 2022 – Malaysia Gazette
Tertuduh yang diwakili peguam Abi Mursyidin Awal memohon agar anak guamnya dikenakan ikat jamin pada kadar rendah kerana dia hanya bekerja sebagai mekanik serta perlu menanggung ibu bapanya di kampung.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM2,000 dengan syarat tambahan tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa atau saksi berkaitan.
Ahad lalu, seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas memukul warga emas di tengah jalan raya berhampiran jejantas di Padang Jawa, dekat sini.
Kejadian itu tular di media sosial.
Mahkamah menetapkan 13 Julai depan untuk sebutan semula kes.
Warga emas dibelsah lelaki hampir hilang sabar, malu depan isteri dituduh tunjuk ‘jari tengah’
WARGA emas dikenali sebagai Zainoldin yang menjadi mangsa pukul seorang pemuda baru-baru ini tampil menjawab dakwaan kononnya dia melakukan tindakan provokasi hingga terjadinya insiden tersebut.
Kata Zainoldin, 61, dia malu dengan orang kampung apabila timbul cerita tidak benar kononnya dia menunjukkan isyarat ‘jari tengah’ kepada pemuda berusia 23 tahun itu.
“Saya tak buat benda tu! Saya pun tak faham jari mana yang saya tunjuk.
“Sampaikan saya tanya isteri sebab dia saksi, saya tanya dia… adakah saya beri hon? Adakah saya tegur apa-apa silap? Orang rumah saya kata tak ada.
“Tuduhan itu satu fitnah, saya malu dengan orang kampung. Ini merupakan satu fitnah,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, anak lelaki Zainoldin iaitu Muhammad Azzali Zainol Din, 32, berkata dia turut terkesan dengan insiden berkenaan dan mengakui bengang apabila mengetahui bapanya dipukul.
“Kalau ikutkan hati, apabila kita tengok ayah sendiri kena pukul memanglah ada rasa nak pukul balik.
“Jujur saya katakan ketika itu saya sangat marah tapi selepas berbincang dengan ayah, ayah meminta untuk memaafkan sahaja,” ujarnya.
Sumber : HMETRO ONLINE / MSTAR ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.