Lepas Kecoh Pasal Ayam Tiba Tiba Hari Ini Kecoh Pasal Harga Ikan Siakap

Sejak beberapa hari ini kecoh di semua tempat tentang ayam mentah sudah sukar untuk dapat.

Tetapi hari ini kecoh pula tentang ikan siakap tapi ianya bukan sebab tiada di pasaran tetapi berkenaan harga yang agak melampau.

Orang ramai terkejut apabila melihat harga ikan siakap dijual pada harga RM24.90 sekilogram di sebuah pasar raya.

Menerusi satu perkongsian di akaun Twitter milik pengguna bernama @ApanZhafran, sebelum ini, harga ikan siakap tersebut antara RM10.90 hingga RM14.90 sekilogram sahaja.

Ciapan itu telah menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna-pengguna Twitter yang lain.

Meninjau di raungan komen, rata-rata netizen meluahkan kekecewaan mereka dengan kenaikan harga tersebut.

“Ini bukan naik sedikit, tetapi dua kali ganda kenaikan,” ujar pengguna @missaoki

“Ikan juga naik harga sekarang, pelik,” komen @FarhanIshak

“Ini kalau beli dua kilogram, sudah kena hampir RM50,” kata pengguna @theltboss

Sumber – KOSMO!ONLINE

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *