Lepas Viral Video Seorang Ibu Pegang Anak Sambil ‘FlyingFox’ Dan Netizen Byk Kecam Si Ibu Telah Dtg Ke BalaiPolis Dan Ini Kenyataan Dari Pihak Polis

AKTIVITI atau sukan lasak sememangnya mencabar tetapi menyeronokkan.

Namun, ia boleh mengundang risiko dan mengancam nyawa jika aspek keselamatan diabaikan.

Kecoh di media sosial satu rakaman memaparkan seorang wanita mendukung anak ketika membuat aktiviti lasak.

Menerusi video yang tular, kelihatan wanita tersebut dengan beraninya hanya memegang satu tali dengan tangan kiri ketika bermain flying fox manakala tangan kanannya memegang anak yang masih kecil.

Walaupun dia dilihat memakai tali keselamatan yang turut dipakaikan pada anak, pelbagai kecaman tetap diterima wanita tersebut kerana rata-rata menganggap ia tidak mencukupi.

Tindakannya yang membahayakan nyawa ini dimuat naik di akaun Instagram, 15GagMy sebelum dihujani pelbagai pandangan di ruangan komen.

“Mereka parents adventurous, anda apa tahu? Kata ibu bapa yang buat aktiviti lasak,” tulisnya pada kapsyen video itu.

Menerusi ruangan komen, seorang pengguna mempertikaikan tentang tahap keselamatan yang rendah apabila tiada alatan lengkap dipakai ketika itu.

Malah, abah-abah keselamatan (safety harness) juga dikatakan tidak cukup untuk menyokong dan memberi perlindungan penuh pada si kecil sekal gus boleh mengancam nyawanya.

“Aku memang tak suka mereka buat ni. Kau tengoklah safety langsung tak ada. Helmet pun tak pakai dan tali pun bergantung satu saja. Boleh pula kau bawa anak kau kakcik oi entahlah nak.

Komen netizen pada video asal.

“Sudahlah satu-satunya tali saja bergantung. Tak ada back up tali lain. Kalau tali utama tu putus atau rosak, terus pindah ‘alam lain’.

“Kenapa pakai harness tu dekat kaki saja, patut pakai kat bahu baby dan attach ke badan emak dia. Kalau tali terlepas, baby still ada dekat emak dia. Eh lantak kau oranglah. Nanti kita tegur kata dengki.

“Walaupun ada berjuta safety harnesses dekat badan budak dan mak dia, tetaplah memegang pada pepatah malang tidak berbau,” demikian antara komen netizen di Instagram.

Ibu `flying fox’ disiasat polis

Polis mengambil keterangan seorang wanita yang memegang anaknya ketika melakukan aktiviti ‘flying fox’ di Kuala Kubu Bharu, di sini, baru-baru ini

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata wanita berusia 30-an itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, semalam.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti mengapa wanita terbabit melakukan perkara itu.

“Kes disiasat mengikut 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya ketika dihubungi tadi.

Terdahulu, media melaporkan polis membuka kertas siasatan bagi menyiasat video menunjukkan seorang wanita memegang anak ketika melakukan aktiviti ‘flying fox’.

Pada masa sama, video itu tular di laman Facebook hingga mendapat kecaman daripada ramai pihak berikutan wanita terbabit tidak mempedulikan keselamatan dirinya dan kanak-kanak itu.

Sumber : MSTAR ONLINE / HMETRO ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *