Kelibat Neelofa Dan Suami Di Mahkamah Hari Ini Tarik Perhatian Ramai

Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan suami hadir ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, bagi sebutan semula kes pendakwaan atas pertuduhan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika di sebuah kedai permaidani di Nilai, 2 Mei lalu.

Noor Neelofa dan Muhammad Haris Mohd Ismail tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Seremban di Seremban 2, di sini, jam 8.40 pagi.

Turut kelihatan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Sebelum ini, pasangan selebriti itu mengaku tidak bersalah melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika didakwa di Mahkamah Majistret di sini, pada 20 Mei lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka ketika berada di sebuah premis menjual permaidani di Nilai 3 di sini, 2 Mei lalu.

Kena Ikat Jamin RM5k + RM10k

Noor Neelofa kemudian dikenakan jaminan sebanyak RM5,000 oleh mahkamah bagi pertuduhan gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk atau menulis secara manual.

Muhammad Haris pula dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 atas dua pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk atau menulis secara manual dan tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Kedua-dua mereka dituduh di bawah Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Kredit:HMetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *