Luahan Hati Seorang Ayah Terpaksa Sambut Aidilfitri Keseorangan. Dia Ceritakan Dimana Anak Anaknya

KEHADIRAN Aidilfitri tiada bezanya dengan hari biasa bagi warga emas, Hamid Taib, 63, kerana dia tetap keseorangan menyambutnya di rumahnya di Meranti 3, Bandar Springhill, Port Dickson.

Baginya, dia sudah biasa menyambut hari lebaran seorang diri sejak berpisah dengan isterinya, tujuh tahun lalu.

“Hati kecil memang teringat kepada anak dan cucu terutama apabila tibanya Syawal kerana saya ada tiga anak hasil perkahwinan dengan bekas isteri.

“Mungkin anak saya sibuk dengan urusan mereka kerana tinggal jauh di utara semenanjung sedangkan kita sekarang terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

Ketika dikunjungi, Hamid sedang makan juadah hari raya sumbangan jiran tetangganya.

“Inilah pengubat lara saya, dapat juga makan lemang, ketupat, lontong dan rendang hasil sumbangan jiran berhampiran. Terima kasih kepada mereka yang prihatin dengan nasib saya hidup sebatang kara di sini.

Warga emas, Hamid Taib, 63, sedang makan juadah hari raya hasil sumbangan jiran-jirannya ketika ditemui di rumahnya di Meranti 3, Bandar Springhill, Port Dickson. FOTO MOHD KHIDIR ZAKARIA

Warga emas, Hamid Taib, 63, sedang makan juadah hari raya hasil sumbangan jiran-jirannya ketika ditemui di rumahnya di Meranti 3, Bandar Springhill, Port Dickson. FOTO MOHD KHIDIR ZAKARIA

MUNKIN ANAK TIDAK MELAWAT KERANA TIDAK BOLEH RENTAS NEGERI

“Saya tidak menyalahkan anak kerana mereka mungkin ada hasrat nak jengok saya, tetapi tak boleh rentas negeri, saya reda jika itu masalahnya.

“Tetapi, masalahnya sudah bertahun saya beraya keseorangan,” katanya yang pernah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) suatu ketika dahulu.

Hamid berkata, dia hanya bergantung hasil elaun daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan untuk menampung kehidupan.

“Saya hidup sendirian, cukuplah kalau berjimat cermat hasil elaun JKM itu. Saya jarang masak sebab tak habis kerana makan pun tak sebanyak mana, mana nak selera kalau makan seorang diri.

“Bila sudah bosan, saya akan berjalan melihat orang membeli-belah di kedai berhampiran,” katanya.

Sumber : HMETRO ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *