Lufya Omar Terima Mesej Daripada Polis Tentang Lelaki Rusia Yang Anak Dia Beri Duit Tempoh Hari

Pelakon Lufya Omar menjelaskan kepada umum bahawa warga asing yang didekati anaknya untuk memberikan wang sebelum ini bukanlah seorang scammer seperti yang didakwa netizen.

Menurut Lufya, individu tersebut merupakan warga rakyat Rusia yang terkandas di negara ini sebaik kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Alhamdulillah, akhirnya Lufya dapat tahu juga kebenarannya. Video lelaki Rusia yang dikatakan scammer tu sebenarnya bukan. Nama lelaki Rusia ni Anthony. Bukan Maxim (sila buat perbandingan wajah mereka).

“Visa die masih sah (saya tak boleh share) dan Anthony memang tersadai tak dapat pulang ke Rusia selepas PKP dikuatkuasakan di sini,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

View this post on Instagram

Alhamdulillah akhirnya fya dapat tau juga kebenarannya. Video Russian man yg dikatakan scammer tu sebenarnya bukan la dia yg mengemis di Curve Damansara tempoh hari. Nama Russian man ni Anthony. Bukan Maxim (sila buat perbandingan wajah mereka) Visa die masih valid ( saya tak boleh share) dan Anthony mmg stranded tak dpt pulang ke Russia selepas PKP dikuatkuasakan di sini. Masalah orang kita tak tahu. Jangan lah kita cepat menghukum dan mengadili manusia. Kalau kita tak suka bantu org jgn kita berfikiran buruk pada seseorang tu. Lufya rasa fya perlu share juga khabar baik ini dan merahsiakan butiran yg penting ttg Anthony atas permintaan. Alhamdulillah semoga Anthony dapat pulang dengan selamat. Semoga kita juga rakyat Malaysia yang baik hati jangan cepat dikotori hati dan fikiran dengan isu yang cepat sgt viral tanpa mengetahui kesahihannya. Lufya tak ambil pusing sangat kritikan org ttg kenapa kami bersedekah utk org mcm ni. Tapi apa yg lebih menyedihkan bila org kita mudah menghukum dan penyebaran maklumat yang salah. Sama-sama kita ambil iktibar isu ini. Selamat beramal. Saya maafkan 🌈

A post shared by Lufya (@lufyalaana) on

Dalam entri tersebut Lufya turut memaparkan paparan kiriman mesej seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor yang menjelaskan situasi sebenar.

“Berkaitan seorang lelaki Rusia tersebut bernama Anthony merupakan pelancong yang tersadai di Malaysia. Kami telah tangkap dan jalankan siasatan selama enam hari.

“Jadi, dia bukan scammer pun. Lusa kedutaan Rusia akan hantar mereka pulang ke Rusia. Tahniah atas bantuan anda,” tulis pegawai berkenaan.

Dalam pada itu, Lufya turut menasihati orang ramai agar tidak terlalu cepat menghukum tanpa sebarang bukti kukuh.

“Masalah orang kita tak tahu. Janganlah kita cepat menghukum dan mengadili manusia. Kalau kita tak suka bantu orang jangan kita berfikiran buruk pada seseorang itu.

“Lufya perlu kongsi juga khabar baik ini dan merahsiakan butiran penting tentang Anthony atas permintaan. Alhamdulillah, semoga Anthony dapat pulang dengan selamat.

“Lufya tak ambil pusing sangat kritikan org tentang kenapa kami bersedekah untuk orang macam ni. Tapi apa yang lebih menyedihkan bila orang kita mudah menghukum dan menyebarkan maklumat yang salah. Sama-sama kita ambil iktibar isu ini. Selamat beramal. Saya maafkan,” katanya.

Baru-baru ini, Lufya berkongsi video di Instagram memaparkan gelagat anaknya yang menghulurkan derma kepada seorang pelancong asing di jalanan.

Bagaimapaun, video tersebut mengundang kritikan netizen yang menyifatkan ia satu tindakan yang tidak wajar kerana mendakwa individu tersebut seorang scammer.

Sumber : GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *