Adat jika anda berkunjung ke pasar basah untuk membeli bahan mentah seperti ayam dan ikan pastinya akan memilih yang terbaik dan segar untuk dibuat hidangan seisi keluarga.
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai sebuah video yang menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab peniaga ayam yang dilihat ‘curi-curi’ menipu timbangan dengan ‘mengepam’ ayam menggunakan pam angin.
Tindakan seorang peniaga yang dipercayai ‘mengepam’ ayam mentah jualannya di sebuah pasar, tular di media sosial dan meraih perhatian wargamaya.
Menerusi video pendek dikongsi Fakta.Indo di laman Instagram, memaparkan seorang wanita yang bertindak ‘mengepam’ beberapa ekor ayam mentah sebelum ayam tersebut disusun rapi di atas meja.
Bagaimanapun, tindakannya ketika itu berjaya dirakam oleh seorang individu dan menerusi kapsyen video tersebut tindakan berkenaan dibuat supaya ayam tersebut nampak ‘gemuk’ dan secara tidak langsung dapat menarik minat pembeli yang berkunjung.
Ketika artikel ini ditulis, tiada sebarang info lanjut di mana dan bila kejadian ini berlaku dan menerusi ruangan komen rata-rata warganet kurang bersetuju dengan mekanisma yang diambil oleh peniaga ini.
VIDEO:
Sumber: Fakta.Indo via Oh Bulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.