PELAWAK Mamat Sepah mengakui rindu untuk kembali beraksi di pentas lawak bersama dua rakan baiknya iaitu Jep dan Shuib.
Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad berkata mereka masih menjalin hubungan baik dan tidak menolak membuat persembahan bersama satu hari nanti.
“Sebenarnya kami baik cuma waktu tidak mengizinkan untuk berjumpa sehingga Jep tu makan hati dengan saya kerana terpaksa tolak perlawaan untuk berjumpa atas faktor kekangan masa walaupun dia berdekatan dengan rumah saya.
“Buat masa sekarang ini biar mereka beri komitmen dengan program Sepahtu dulu… saya pula fokus kepada kerja hakiki, kadang-kadang rasa bersalah dengan Jep.
“Buat masa sekarang ini untuk bersama kembali memang tidak boleh atas faktor masa tapi saya minta kepada peminat… apa-apa pun doakan manalah tahu satu hari nanti kami akan disatukan atas pentas lain pula,” kata Mamat kepada mStar.
VIDEO:
Sumber : MSTAR ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.