Netizen Perasan Anak Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden Tiada Dalam Gambar Majlis Kahwin Neelofa. Athisha Khan Beritahu Kenapa

Masuk hari ketiga, Wedding Of The Year antara Neelofa dan PU Riz masih diceritakan.

Dengan kontroversi bahawa majlis tersebut telah melanggar SOP sehingga mendapat perhatian pihak polis dan ada lagi beberapa cerita di media sosial tentang perkahwinan terunggul ini.

Tapi 1 perkara menjadi tanda tanya netizen apabila mereka perasan dimanakah anak lelaki Sharnaaz Ahmad dan Noornabila, Jebat Jayden ketika majlis perkahwinan Neelofa?

Tak Ada Jebat Jayden Dalam Foto Keluarga, Athisha Khan Jawab Pertanyaan Netizen

Adik kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Athisha Khan memberi pencerahan mengenai ketiadaan Jebat Jayden Ahmad ketika majlis perkahwinan kakaknya dengan Pencetus Ummah (PU) Haris.

Menurut Athisha, 23, Jebat tidak dibawa sekali kerana dia tidak suka dengan persekitaran yang bising.

“Jayden dan Idrees mempunyai tempat untuk mereka bermain. Mereka berdua tidak suka berada di tempat yang bising,” katanya.

Athisha menjawab pertanyaan netizen di ruangan komen menerusi foto keluarga yang dimuat naik di Instagram (IG), pada pagi Isnin.

“Di mana Jebat? Gambar yang terakhir pun tak ada,” tanya individu yang menggunakan nama @monaa.idris.

Pada Sabtu lalu, Neelofa dan Haris selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis tertutup serba putih dengan sekali lafaz.

Majlis akad nikah tersebut telah diadakan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Haris selamat melafazkan akad dengan berwalikan adik kandung Neelofa, Mohamed Aqief Mohd Noor.

Sumber : GEMPAK

Artikel: AwatttSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *