Terkenal dengan imej mulut ‘laser’, Mas Idayu lagi sekali menjadi perhatian kerana komen yang diberi terhadap salah satu peserta dalam rancangan Ceria Popstar Xtar 2022.
Walau bagaimanapun, pada minggu pertama rancangan tersebut, peserta bernama Dhiyaa yang berusia 11 tahun telah menjadi tumpuan kerana kritikan pedas yang diberi oleh Mas Idayu.
Dhiyaa mempersembahkan lagu ‘Teman’ yang dipopularkan oleh Iman Troye serta menunjukkan bakat menarinya sepanjang persembahan lagu berkenaan.
Akan tetapi, Mas Idayu memberikan kritikan keras kerana menurutnya peserta itu mengabaikan perkara utama dalam rancangan tersebut iaitu nyanyian.
Sedih dengan kritikan yang diterima, Dhiyaa dilihat seperti menahan diri sendiri daripada mengalirkan air mata semasa berdiri di atas pentas.
Beralih ke ruangan komen Instagram Astro Ceria, rata-rata warganet memberi pendapat bahawa tindakan Mas Idayu agak ‘over’ dan kritikan yang diberi tidak sesuai untuk kanak-kanak.
Rupanya Ini Sebab Kenapa Mas Idayu Marah
Ianya hanyalah lakonan sebenarnya. Video yang viral adalah klip yang telah dipotong pendek.
Sebelum Mas Idayu marah peserta Ceria Popstar itu rupanya pengacara Nabil Ahmad buat satu challenge pada siapa yang boleh buat Dhiya ini menangis.
Rupanya Mas Idayu bukanlah marah betul betul.
VIDEO:
Video persembahan Dhiyya
Sumber : BeautifulNara / Tiktok
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.