Usahawan selebriti, Nur Sajat berkongsi tentang perancangan dan persiapannya yang pertama kali beraya di perantauan.
Sajat ketika dihubungi Gempak berkata, dia tidak berasa sunyi sungguhpun sudah mendapat status penduduk tetap di Australia.
Hal ini kerana, dia masih ada kawan-kawan di bumi Kangaru itu dan menyambut hari raya bersama sanak-saudaranya yang kini berada di Melbourne.
“Dekat sini (Australia), saya akan beraya di Melbourne. Saya turun ke Melbourne pada 22 April lalu kerana ada tuntutan acara bagi jualan ready-to-wear saya di Noble Park.
“Jadi, alang-alang dah berada di sana, saya akan sambut raya terus bersama rakan-rakan. Nenek saya pun ada di Perth dan saudara mara ada di Melbourne. Jadi tak sunyilah,” katanya.
Dalam pada itu, Sajat turut berkongsi pengalamannya menyambut Ramadan dan berpuasa di negara orang.
“Puasa di sini ok je sebab cuaca sejuk, maklumlah sedang musim luruh. Jadi tak rasa sangat sedang berpuasa. Tambahan pula berbuka awal, sekitar 5.30 petang,” katanya.
View this post on Instagram
Terdahulu, menerusi kemas kini Instagram, Sajat turut berkongsi rasa rindu terhadap anak-anak angkatnya yang masih berada di Malaysia.
“Selamat hari raya buat anak-anak ku yang jauh di mata dekat di hati. Dua tahun kita tidak dapat menyambut hari raya bersama. Pagi ini buatkan ummi sayu di pagi raya. Salam sayang buat anak-anak ku. Harap dipermudahkan urusan raya buat anak-anak ummi,” tulis Sajat.
SUMBER:GEMPAK
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa K0men Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas k0men-kom3n yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pasti kan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda di sini. Pihak kami juga tidak mam pu untuk memantau kesemua k0men yang di tulis disini. Segala komen adalah hak dan tang gung jawab anda.
Semen tara itu, anda bo leh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghibur kan di bawah ini yang dik0ngsi kan seperti berikut.