DATUK Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menafikan khabar angin yang mendakwa beliau menjalin hubungan dengan usahawan wanita, yang dipercayai bekas isteri seorang pelakon.Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu juga menafikan beliau ditahan di sekatan jalan raya (SJR) di Perasing, Terengganu.
Ahli Parlimen Kuala Nerus daripada parti Pas itu juga berkata kisah sensasi yang mengaitkan dirinya ketika ini tidak benar dan bertujuan untuk mencemarkan reputasinya.
“Segala cerita yang disensasikan kononnya berlaku penahanan di sekatan jalan raya di Perasing termasuk gosip berkaitan hubungan dengan selebriti wanita adalah tidak benar dan berniat buruk untuk merosakkan reputasi saya.Tindakan undang-undang akan diambil kepada mana-mana pihak yang didapati menulis, menyiarkan atau menyebarkan cerita palsu serta tidak benar,” katanya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook.
Ketua Polis Terengganu Datuk Roslee Chik terdahulu mengesahkan Mohd Khairuddin diperiksa di SJR Perasing pada 16 Mei lalu.
“Beliau bersama penumpang lain ketika itu. Perkara ini telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Bukit Aman,” katanya.
Isu Khairuddin diperiksa di SJR Perasing mula diperkatakan apabila satu mesej tular beberapa hari lalu mendakwa dia ditahan bersama usahawan tudung yang juga bekas isteri seorang selebriti. – THE STAR
Mawar Dedah Siapa Dal4ang
Dalam perkembangan terkini, Mawar telah memuat naik beberapa gambar dalam IG sory mendedahkan isi perbualan untuk mengenakan dia dan menteri terbabit.
Mawar juga berkongsi gambar individu yang dipercayai mempunyai hubungan dengan dakwaan ini, tapi dia menegaskan ia tidak melibatkan Tun M.
Fizo Tidak Tahu Menahu
“Saya tak tahu apa-apa pun tentang kes Mawar dengan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali.”
Itu respons ringkas pelakon dan usahawan, Fizo Omar berhubung khabar angin memdakwa bekas isterinya, Mawar Karim kini sedang menjalin hubu.ngan dengan seorang menteri.
Menurut Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, dia hanya mengetahui mengenai g0sip tersebut semalam.
“Saya tak tahu apa-apa pun tentang mereka dan baru dengar mengenai kes itu semalam,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.
Hasil tinjauan Kosmo Online!, Mawar atau nama sebenarnya Mawar Abdul Karim, 32, juga dilihat menafikan gosip tersebut kepada salah seorang pengikutnya dalam ruangan komen Instagram.
TANGKAP layar komen Mawar terhadap pertanyaan seorang pengikut Instagramnya.
“Letih hendak baca, lebih baik cari nasi kandar.
“Macam-macam cerita keluar. Saya di Kuala Lumpur sahaja. Lepas ini dengan siapa pula nak muncul (digosipkan),” balasnya kepada seorang pengguna Instagram yang mempersoalkan kesahihan gosip tersebut dalam ruangan komen.
Sehingga kini, usaha Kosmo! Online bagi mendapatkan sebarang komen daripada pemilik jenama tudung Fareeda itu masih belum berhasil selepas dia tidak membalas mesej.
Sejak Rabu lalu, tular maklumat dalam aplikasi WhatsApp berhubung Mohd Khairuddin ditahan dalam satu sekatan jalan raya (SJR) Perasing, di Kemaman, Terengganu pada 16 Mei lalu.
Dalam mesej tular tersebut, ketika ditahan, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu didakwa berada dalam kenderaan bersama seorang wanita yang merupakan bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar, Mawar Karim.
Gosip mengenai pemimpin Pas yang dikatakan sudah berkahwin dengan seorang wanita berstatus janda itu hangat diperkatakan sejak semalam.
Bagaimanapun, sehingga ini tiada sebarang penafian dibuat daripada kedua-dua pihak.
KreditSumber:f-uh.com
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: